13 Kerusi DUN Baru Sabah Lulus

Diterbitkan pada: 12:45PM 01/09/2016
Kategori: Uncategorized
511 Pembaca

13-Kerusi-DUN-Baru-Sabah-Lulus

Kota Kinabalu,  – Cadangan mewujudkan 13 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dibentangkan dalam sidang DUN diluluskan sebentar tadi.

Pembentangan dan usul Rang Undang-Undang tersebut dipersetujui oleh ahli dewan. Daripada jumlah 60 ADUN, sebanyak (55) bersetuju, (3) Tidak Bersetuju, (1) Berkecuali dan (1) Tidak Hadir.

Cadangan ini akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan seterusnya pengujudan dan persempadanan semula kerusi DUN Sabah.

Lokasi 13 kawasan DUN baru akan ditentukan oleh SPR selepas kajian dan pandangan dari pelbagai pihak.

Sementara itu ADUN Matunggong, Dato Jelani Hamdan akan mengemukakan cadangan 3 kawasan DUN baru iaitu Sikuati, Langkon dan Kanibongan.