“13 Mei” di Sabah ?

Diterbitkan pada: 4:43PM 13/05/2016
Kategori: Featured, Pemikiran
229 Pembaca

Tarikh 13 Mei merupakan sejarah hitam buat negara kita iaitu apabila berlakunya pertelingkahan  kaum yang memberi kesan yang negatif kepada negara. Hal ini juga bersangkutpaut dengan sentimen pandangan negatif dan sangsi antara kaum di semanjung Malaysia pa   da masa tersebut.  Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat daripada masyarakat yang mempunyai latar belakang kaum yang berbeza. Dahulu British menggpolitikunakan dasar pecah dan perintah di tanah melayu sehingga kesan terbawa pada 13 mei 1969.

Melalui dasar ini kaum-kaum besar di tanah melayu mempunyai tempat dan kegiatan ekonomi sendiri yang merupakan penghalang terbesar bagi perpaduan kaum. Hari ini jika kita melihat perpaduan itu merupakan isu yang kecil itu adalah kesilapan besar. Kerana pecah belah kaum dan pergaduhan kaum merupakan ancaman terbesar buat negara kita. Untuk sesebuah tamadun itu hancur dan lenyap perkara yang paling biasa kita dengar ialah pepecahan melalui dalaman. Kita dapat lihat daripada keruntuhan empayar Melaka, Keruntuhan empayar turki uthmaniah, dan banyak lagi.

Di Sabah dan Sarawak kisah 13 mei ini tidak pernah berlaku dan tidak pernah lagi wujud rusuhan besar yang disebabkan oleh masalah perpaduan kaum seperti yang berlaku di semanjung Malaysia. Hal ini disebabkan oleh faktor penerimaan dan kesefahaman yang baik antara kaum dan agama. Cuma sejak kebelakangan ini perpaduan di Sabah ada sedikit goyang apabila ada segelitir pihak yang cuma membawa elemen yang negatif kepada masyarakat di sabah.

Sepatutnya mereka yang betul-betul sabahan yang tidak dengan pelbagai kaum semenjak kecil lagi tidak mempunyai masalah mengenai penerimaan kaum. Tetapi perkara ini boleh berubah disebabkan dengan kepentingan diri atau kuasa. Betul kata- kata orang dahulu seseorang itu boleh berubah disebabkan kuasa dan sebagainya.

Unsur hasutan, antara kaum ini biasanya rancak dalam kalangan pemimpin dan penyokong politik. Dengan bermodalkan politik kebencian antara kaum mereka berharapkan sokongan untuk mendapatkan kuasa. Kewujudan media-media baru juga menjadi wadah kepada masalah ini. Kewujudan laman-laman sosial seperti Sabah Sarawak keluar Malaysia, Doris John dan banyak lagi laman sosial. Banyak memainkan sentimen agama dan kaum bagi mendapat sokongan. Mereka ini tidak berfikir tentang genera Y dan X yang sedang melihat apa yang mereka lakukan dan akan melahir generasi yang mungkin tidak kisah mengenai perpaduan di masa akan datang.

“Matlamat tidak menhalalkan cara” jangan kerana kuasa yang di idamkan sanggup mengadaikan keamanan pada masa kini. Tidak mungkin 13 mei yang berlaku di semananjung akan berlaku di Sabah jika kita sebagai rakyat tidak menolak politik kebencian kaum dan rasis daripada pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika dahulu british memecahbelahkan masyarakat demi kuasa, sekarang banyak politikus tapi bukan semua memecahkan masyarakat demi kuasa.