21 Soalan sensitif yang mampu hilangkan mood raya!!! Elakkan bertanya soalan ini!!!

Diterbitkan pada: 9:24PM 03/07/2016
Kategori: Santai Bosku
674 Pembaca

Seperti yang kita tahu hari raya  merupakan hari dimana keluarga dan kawan-kawan yang lama tidak bersua akan berkumpul dan menziarahi antara satu sama lain. Namun, ada perkara yang akan menyinggung perasaan keluarga atau kawan kita jika kita bertanya kepada mereka. Oleh itu, mari kita lihat soalan apa, dan kenapa soalan ini menganggu mood hari raya kawan atau keluarga jauh kita

  1. Bila nak sambung belajar
  2. Kamu kerja kat mana?
  3. Bila nak kahwin? atau Bila nak ada suami @ isteri?
  4. Bila nak ada anak?
  5. Masih pakai Motor?
  6. Masih tinggal kat flat?
  7. Tak tukar kereta ke?
  8. Apasal baju raya sama je tiap tahun?
  9. Kuih raya buat sedia atau beli?
  10. Bini kerja apa?
  11. Suami kerja apa?
  12. keputusan Spm or pmr anak dapat apa?
  13. Anak tak kerja lagi ka?
  14. Anak lepasan universiti tu buat apa sekarang?
  15. Sudah ada calon menantu ke?
  16. Cucu ada berapa orang?
  17. Rumah ni rumah sewa atau beli?
  18. Apa kerja menantu kamu tu?
  19. Masih tak naik pangkat ke?
  20. Bila nak naik haji?
  21. Anak sulung tak balik kampung ke? atau raya kat rumah bini?

Sebenarnya banyak lagi soalan sensitif yang kita tak patut tanya kerana akan membawa kepada rendah diri, terasa, sedih kepada orang yang kita tanya. Jadi sebelum kita bertanya kita kena tanya dulu diri kita adakah kita tidak terasa jika kita dalam keadaan susah di tanya pada soalan yang tidak sepatutnya. 🙂

rumah-terbuka1