Ada Apa Dengan Anak Muda?

Diterbitkan pada: 11:11AM 20/05/2016
Kategori: Uncategorized
164 Pembaca

Ada apa

“Kenapa ya anak-anak sekarang itu susah diatur. Dulu jaman kita seumurnya apa kata orang tua ya nurut-nurut aja, disuruh ya dijalanin, dilarang ya dijauhin. Kalo anak sekarang, mau disuruh atau dilarang pasti mereka tanya dulu : “Kenapa harus begitu?” , “Kenapa tidak boleh begini?” Kalau masuk akal menurut mereka, mereka akan diam dan melakukan apa yang kita minta. Tapi kalau mereka merasa tidak masuk akal, mereka akan terus mencecar dengan pertanyaan-pertanyaan sampai mereka puas dengan jawaban yang kita berikan”

Dialog ini yang biasa diucapkan oleh ibu bapa kita mengenai generasi  sekarang yang menunjukkan bahawa generasi sekarang mempunyai perbezaan dengan generasi sekarang. Budaya bertanya dan ingin tahu ini merupakan budaya yang baik. Hatta teori graviti tidak akan berhasil sehingga sekarang jika tidak anak muda kuat semangat inkuirinya dan kritikalnya. Bung Karno pernah berkata  “berikan aku sepuluh permuda niscaya kuguncang dunia”. Sedangkan pemimpin besar indonesia ini berfikir besar mengenai kemampuan anak muda dalam perjuangan mengapa pula tidak kita? Melihat kepada status quo sekarang wujudnya pemikiran yang pesimis terhadap anak muda zaman sekarang. Jika mulai kritikal sedikit itu sudah dianggap kurang ajar, jika bertanya pun dianggap biadab, jika diam dan menurut itu dianggap baik dan contoh pada yang lain. Permikiran semacam ini merupakan racun kepada masyarakat kita yang boleh membunuh kemajuan bangsa kita untuk kehadapan.

Definisi.

Tiada definisi yang jelas mengenai anak muda ini, tapi secara umumnya anak muda ini terdiri  daripada generasi Y dan generasi Z. Don Tapscott dalama bukunya Grown Up Digital menerangkan Generasi Y  mereka yang lahir dalam tahun 1977 sehingga 1997 dan generasi Z pula ialah mereka yang lahir pada 1998 hingga 2009. Mereka ini mempunyai kekuatan dan emosi yang sangat kuat dalam melakukkan sesuatu perkerjaan atau aktif dalam sesuatu aktiviti. Anak muda ini semuanya sama dari segi fizikal namun tidak dari segi pemikiran dan cara hidup. Kebanyakkan daripada mereka ini banyak dipengaruhi dengan persekitaran dan faktor- faktor lain. Personaliti anak muda muda ini banyak dipengaruhi oleh media massa,media baru, latar belakang keluarga, rakan-rakan, pembelajaran langsung dan tidak langsung. Personaliti mereka ini yang banyak mempengaruhi emosi dan tingkahlaku mereka terhadap sesuatu perkara. Anak muda ini terdiri dalam pelbagai watak, ada yang memakai watak sebagai Mahasiswa, pelajar, buruh, penganggur dan banyak lagi. Namun pada penulisan kali ini saya ingin fokuskan kepada Mahasiswa di negara kita yang dipandang pesismis oleh segelintir pihak.

Konflik.

Generasi muda sekarang selalu mempunyai konflik kepada generasi Z dan generasi dan The Baby Boom yang lahir pada 1965- 1964. Hal  ini kerana mereka tidak memahami secara mendalam orang muda ini bagaimana. Sebenar jika atau tidak kebanyak anak muda mulai minat dengan demostrasi dan mulai dengan aksi-aksi brutal dari segi pemikiran dan tingkahlaku. Kebanyakan mereka bukan yang tiada ada pelajaran sebab kebanyakan yang melopori gerakan menentang itu dan ini adalah mereka yang punya pendidikan tetapi mengapa mereka boleh jadi sedemikian rupa? persoalan ini perlu difikirkan oleh generasi veteran yang ada sekarang. Dalam hal ini Fenomena ketidakpuasan hati orang muda selalu berlaku dengan terjadi demostrasi kecil atau besar untuk menentang  di dalam Universiti, Hal Elwal pelajar di kebanyakkan universiti di dalam negara dan di luar masyarakat mereka banyak terlibat dengan demostrasi. Perkara ini perlu dinilai sedalam-dalamnya mengapa fenomena ini berlaku. Kita kena ingat berlakunya perubahan suharto pemerintah satu masa dahulu di indonesia dulu salah satu sebab ialah kebangkitan anak muda. Jadi perkara ini perlu ditangani dengan cara baik oleh semua pihak.

Cerita.

  • Universiti

Pertama ialah kurang wujudnya pembincangan yang terbuka mengenai isu- isu semasa, isu termasuklah isu dalam universiti atau isu masyarakat. Dalam hal ini, semua Mahasiswa layak diberi peluang dan ruang untuk bertanya dan mengeluarkan pendapat secara mahasiswa tanpa mengambil kisah mengenai pendirian mereka. Hasil pembincangan dan ruang ini perlulah diambil perhatian untuk dilaksanakan dan jika tidak dilaksanakan perlu ada sebab yang rasional. Jika ruang diberi apa lagi alasan mahasiswa untuk memberontak itu dan ini.  Dalam hal ini, penulis memang mengakui memang wujudnya pembicangan tetapi tidak banyak. Yang banyak ialah konsert hiburan- hiburan yang langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada negara.  Ada pembincangan tetapi tiada tindakan itu juga boleh menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan Anak Muda. Kedua, wujudnya pembahagian kelas dalam melihat Anak Muda, wujudnya pandangan mereka yang kritikal ini mengancam universiti. Sepatutnya pandangan seperti tidak perlu wujud bagi sesebuah universiti. Kerana mereka- mereka yang berpunyai sifat- sifat kritikal dan berani juga dibimbing dengan baik nescaya akan ada rasa sayang dengan universiti sendiri.

  • Parti-parti politik

Kebanyakkan ahli politik sekarang hanya mempergunakan anak muda semata-mata. Oleh kerana kelebihan anak muda yang berani dan mudah terpengaruh mereka adalah modal yang terbaik parti politik dan pemimpin politik gunakan. Kebanyakkan ahli politik masa kini suka menggunakan anak muda bagi mendapat tempat di hati masyarakat.Anak muda kena bezakan dipergunakan atau diberi peluang oleh parti politik.  Tetapi, menyertai parti politik tidak salah asal kita sedar apa yang sedang kita ikut bukan tidak tahu apa yang sedang kita ikut. Tetapi, dalam hal ini penulis melihat ada parti politik yang berani sudah memberi tempat kepada anak muda itu merupakan suatu perkara yang positif. Kerana anak muda bakal menjadi pimpinan untuk masa hadapan yang  akan membawa negara kita. Perkara ini perlu diteruskan iaitu memberi peluang kepada anak muda terlibat secara langsung sebagai pemimpin dan bukan pengikut semata-mata.

  • Isu-isu Masyarakat

Dalam hal ini, apa-apa yang dingkat oleh anak muda asalkan perkara itu baik untuk masyarakat perlu diambil perhatian. Sebagai contoh banyak sahaja kajian-kajian mahasiswa mengenai isu masyarakat dan penyelesaiannya. Kajian- Kajian ini perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan, bermakna membawa mereka turut serta dalam hal- hal masyarakat. begitu rugi jika kajian-kajian mahasiswa hanya berakhir di dalam rak buku sahaja. Perkara ini perlu, kerana orang muda merupakan sebahagian daripada masyarakat awan. Disini sebagai mahsiswa penting untuk menjadi kuasa ketiga. Kuasa ketiga disini tiada kaitan dengan mana-mana parti untuk memperjuangkan isu masyarakat. sebab penulis melihat sendiri apabila anak muda terlibat dengan parti pembangkang kecederungan untuk bertidak bias dan tidak rasional itu tinggi begitu juga sebaliknya. Apa- apa yang disuarakan oleh anak muda perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan jika perkara yang disuarakan itu releven perlu diterima jika tidak perlu diberikan rasional.

  • Mahasiswa

Mahasiswa satu nama yang sangat besar sebenarnya dalam masyarakat kerana mereka ini akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Mahasiswa perlu satu perjuangan yang sebenarnya untuk masyarakat dan bukan modal untuk mana-mana parti politik. Mahasiwa juga pelu bertindak seperti mahasiswa dalam erti kata setiap langkah yang dibuat memberi kesan kepada masyarakat bukan memberi kesan kepada mana-mana pihak yang berkepentingan. Selain daripada itu, ideologi-ideologi, buku-buku, cerita-cerita evolusi dan lain-lain mengenai perjuangan radikal kita perlu nilai kembali adakah sesuai untuk negara dan masyarakat kita. Mahasiswa juga kena ingat perjuangan bukan ada satu jalan sahaja tetapi ada banyak jalan yang boleh dilaksanakan.