Adakah PBS tidak memperjuangkan Hak Sabah?

Diterbitkan pada: 11:05AM 18/07/2016
Kategori: Featured, Isu
208 Pembaca

pbs

Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh parti pembangkang di Sabah mengenai kerajaan negeri Sabah iaitu Barisan Nasional tidak langsung memperjuangkan negeri Sabah adalah melampau dan tidak benar. Barisan Nasional di Sabah terdiri daripada UMNO, UPKO, LDP, dan PBRS mempunyai rekod yang baik dalam memperjuangkan hak mengenai negeri Sabah. Barisan Nasional di Sabah telah berjaya dalam menurunkan kadar kemiskinan negeri sabah.

Yang terbaru antara kenyataan Pairin merupakan salah satu pemimpin terpenting BN iaitu PBS telah mengeluarkan kenyataan penjanjian Malaysia tidak salah membangkitkan mengenai penjanjian Malaysia tetapi perlu secara pembincangan dan menyatakan bahawa PBS merupakan Parti Tempatan yang berpengalam yang telah berdaftar semenjak 1984 lagi. Selepas kenyataan ini beberapa pertikaian daripada beberapa politikus mengenai kejayaan kerajaan negeri.

Selama penubuhan Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum Kadazan-Dusun. PBS berusaha menjaga hak-hak dan kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. PBS turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia. Antara isu yang paling lantang disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak seimbang, pengundi hantu dan penjanjian Malaysia 1963.

PBS juga pernah menjadi parti yang dominan dalam politik Sabah dan membawa Sabah ke arah yang lebih baik yang diketuai oleh Pairin sendiri. Adalah tidak adil menafikan langsung usaha Pairin dan PBS dalam perjuangan hak negeri dan masyarakat Sabah.