Anak Muda Jangan Muda Tertipu!

Diterbitkan pada: 3:27PM 20/04/2016
Kategori: Featured, Pemikiran
202 Pembaca

 

anak muda1

Baru- baru ini banyak gerakan-gerakan muda yang muncul mengaku sebagai non partisan dan mengaku mereka sebagai perjuang masyarakat di negeri sabah. Perkembangan ini merupakan perkembangan yang baik dalam menuju kematangan politik di negeri sabah. Namun persoalannya betulkah gerakan-gerakan ini menwakili kemahuan anak muda sabah? ini persoalan pokok yang perlu dianalisis sebelum suatu gerakan itu diterima oleh orang muda. Anak muda kena berhati-hati dengan banyak gerakan yang timbul mempunyai banyak niat tersirat yang mungkin bukan untuk berjuang demi masyarakat tapi lebih kepada kepentingan sesuatu pihak atau individu.

Kebanyakkan gerakan yang muncul sejak kebelangkangan ini kebanyakkan lebih bersifat kepentingan peribadi suatu pihak. Sedikit analisis gerakan-gerakan yang banyak muncul ini ialah mereka yang banyak bergiat aktif dalam laman muka buku berbanding kaedah lama turun padang. Kebanyakkan gerakan ini hanya bermodalkan ayat-ayat emosi dengan mempengaruhi pembaca dalam kalangan golongan muda tanpa fakta yang tepat mengenai suatu isu. Sebagai contoh ayat yang digunakan “bodoh” “korupsi” dan “zalim” bagi menarik perhatian emosi pembaca. Selain daripada itu, dengan bermodalkan sekeping gambar orang miskin dan keadaan naif masyarakat meraka mengaku mereka sebagai perjuang kerana mempamerkan kesusahan masyarakat tersebut tanpa memikirkan apakah sepaptutnya dilakukkan bagi membantu masyarakat tersebut. Anologinya ialah ibarat kita hanya menangkap gambar tanah yang kosong tanpa memikirkan cara untuk membangun tanah tersebut dan hasilnya tiada kepada tanah dan yang melihat gambar.

Gerakan yang non partisan sepatutnya menentang bukan satu parti politik atau parti sahaja tapi lebih memikirkan bagaimana untuk menjadikan masyarakat suatu tempat ini terjaga kebajikannya. Baru-baru ini, gerakan anak muda sabah muncul tapi muncul persoalan besar  benarkah gerakan ini rakyat memperjuangkan sabah? Bagi  penulis  semua yang dibawa oleh gerakan ini hanya emosi semata-mata tanpa memikirkan cara untuk membangunkan masyarakat. Sebagai contoh dengan perhinaan beberapa orang pemimpin dan perhinaan dasar tanpa memikirkan apakah yang patut dilakukan dimasa hadapan bagi membantu masyarakat. Gerakan ini sebenarnya hanya mencari publisiti untuk mendapat tempat di hati masyarakat dan golongan muda. Golongan muda yang bijak melihat kembali objektif penumbuhan yang mengaku mereka sebagai non partisan dan apa usaha mereka untuk memperbetulkan masyarakat dan perancangan mereka di masa hadapan untuk masa hadapan.

Sepatutnya sebuah gerakan yang mengaku sebagai gerakan non-partisan mereka ini memikirkan bagaimana untuk memastikan masyarakat menjadi lebih baik. Berjuang untuk mencari salah itu dan ini ialah cara politik lama yang paling penting fikir sama- sama untuk membantu masyarakat suatu tempat. sebagai contoh dengan mempamerkan mereka yang miskin ini dalam facebook adalah lebih baik kita bantu mereka untuk mendapatkan bantuan kepada kerajaan dan bantu mereka untuk membawa masalah ini kepada pihak yang bertanggungjawab dan bukan menyalahkan mana-mana pihak yang akhirnya tidak mengubah apa-apa dalam masyarakat tersebut. Gerakan yang baik juga sepatutnya memberi kita satu pandangan yang sebelum mereka melawat masyarakat tersebut dan kejayaan usaha mereka selepas melawat masyarakat tersebut. Sebagai contoh sebuah keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada kerajaan tapi selepas suatu gerakan itu melawat mereka mendapat bantuan dan dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik.

Tuntasnya, Anak-anak  muda kena berhati-hati dengan gerakan yang banyak muncul pada masa sekarang dan kebanyakkannya mempunyai niat tersirat yang mungkin bukan membantu masyarakat tersebut tapi lebih kepada kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu. Rugi jika kita hanya membuta mengikut tanpa berfikir dan menganalisis sesebuah gerakan itu. Bagi penulis sebuah gerakan yang baik akan memikirkan penyelesaian masa hadapan dengan harmonis dan sesuai dengan sosiobudaya negeri kita.

Sekian

Anak sabah yang sayang sabah.