“Analisis Umum” Kemenangan Barisan Nasional di Sarawak

Diterbitkan pada: 3:36PM 10/03/2016
Kategori: Uncategorized
155 Pembaca

Sarawak: Keputusan penuh bagi pilihan raya Sarawak sudah diumumkan dengan Barisan Nasional(BN) telah mendapat majoriti besar kerusi berbanding Pilihan Raya Negeri ke 2011 sebanyak 52 kerusi dan pada PRN 2016 kali ini telah memenangi jumlah kerusi sebanyak 72 kerusi, Pakatan Harapan Sebanyak 10 kerusi iaitu DAP 7 kerusi,PKR 3 kerusi,AMANAH 0, dan PAS 0.

Timbul persoalan mengapa BN Sarawak telah berjaya menambah kerusi dan menang besar pada kali ini walaupun pelbagai isu yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan mereka yang tidak pro kerajaan. Antara faktor kemenangan Barisan Nasional PRN kali ini ialah kekuatan Barisan Nasional dan Kelemahan Pembangkang.

Pertama tidak boleh dinafikan bahawa kepimpinan Tok Nan yang telah menambat hati rakyat Sarawak telah menyumbang kepada kemenangan kali ini. Kebijakkan Tok Nan dalam beberapa isu seperti isu autonomi negeri sarawak yang telah menunjukkan hasil yang positif. Sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Tok Nan sudah lama lagi semenjak menganti Taib bekas ketua menteri sarawak. Dasar atau  manisfesto perjuangan Tok nan lebih kepada memenuhi kehendak masyarakat sarawak. Sebagai contoh dalam isu royalti minyak 20 peratus telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri sarawak, “Empowerment” dalam pertadbiran awan kerajaan negeri daripada pesekutuan, isu agama yang ditangani dengan cara bijka dan banyak lagi yang sudah dilakukan oleh Tok nan telah menarik perhatian rakyat sarawak.

Selain daripada itu, kekuatan Barisan Nasional dalam piliharaya kali ini juga tidak boleh dinafikan. Walaupun sebenarnya susah untuk membahagi kerusi kepada pelbagai parti dalam BN sarawak. Tetapi perpadua dalam parti ini dalam berkempen bersama dan menggunakan satu logo yang menunjukkan mereka bersatu telah menambah keyakinan rakyat Sarawak. Selain daripada itu, tidak boleh dinafikan bahawa kekuatan kerajaan dari segi realiti tidak boleh disangkal. Banyak peruntukan- peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan rakyat sarawak tanpa mengenal kaum. Sebagai contoh peruntukkan untuk sekolah cina yang diberikan oleh kerajaan. Pembinaan Pan Borneo, dan penambahan bajet untuk pembangunan masyarakat untuk mendapat kemudahan asas juga menjadi modal yang terbaik untuk Barisan Nasioanal. Semua usaha ini juga dilihat antara kerjasama Tok Nan dengan kerajaan persekutuan yang membuahkan hasil telah menjadi keyakinan rakyat di sarawak semakin bertambah.

Kelemahan Pembangkang dalam PRN Sarawak Kali ini tidak boleh disangkal lagi, dengan wujudnya perebutan kerusi antara PKR dan DAP dibeberapa kawasan yang menyebabkan DAP kehilangan 5 kerusi. Perebutan ini menyebakan pecah undi berlaku diatara pembangkang yang memberi kelebihan kepada BN. Selain daripada itu, fenomena urban swing juga boleh diambil sebagai faktor kekalah 5 kerusi ini iaitu rakyat sarawak  di bandar telah melihat bagaimana pembawaan pembangkang lantas berfikir untuk berubah kepada kerajaan. Perlu diingat politik di sarawak amat berbeza dengan politik semananjung Malaysia oleh yang demikian metod berkempen pembangkang perlu berubah dan tidak perlu membawa politik kebenciaan atau rasis. Rakyat sarawak lebih melihat perkara yang boleh dilihat dan kepada jaminan bukan retorik.