Autonomi Sabah : Rakyat Sabah Perlu Bersatu

Diterbitkan pada: 12:01PM 25/05/2016
133 Pembaca

Isu tentang autonomi sabah bukan isu baru tetapi isu lama sejak berlakunya pembentukan negara Malaysia lagi pada tahun 1963. Isu ini selalu “panas” bila dekat dengan tarikh pilihanraya atau untuk mendapat sokongan dalam sesuatu gerakan. Namun kita sebagai rakyat negeri sabah harus membezakan yang mana satu perjuangan yang realistik dan bukan reallistik. Memperjuangkan hak autonomi sabah penulis sangat menyokong agar kita sebagai sabahan dapat hak yang sepatutnya yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Isu mencari kesalahan dan menuduh kesalahan mana-mana pihak tidak patut lagi dilakukan. Sebuah masyarakat itu tidak akan berjaya mendapatkan hak mereka tanpa mereka bersatu. Dalam hal ini, politik kebencian perlu dihidari bagi memastikan hal ini berlaku di sabah. Kekerasan tidak menyelesaikan isu yang hendak diperjuangkan. Isu mengenai hak negeri ini merupakan satu perkara yang amat besar bagi masyarakat sabah. Sebagai contoh salah satu faktor kekalahan parti Berjaya oleh PBS juga disebabkan oleh Manifesto PBS mengenai ingin mendaptakan Labuan kembali. Selain daripada itu kita dapat lihat dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita dapat lihat bagaimana rakyat sarawak majoritinya bersatu jika disentuh soal hak negeri sarawak.

Jadi, rakyat Sabah kena bersatu mengenai isu autonomi dan hak negeri tanpa mengira ideologi politik dan jangan jadikan isu autonomi ini sebagai kepentingan politik peribadi bukan kepentingan rakyat.