Bacaan Indeks Pencemaran Udara: Kota Kinabalu Setakat Jam 1 Tengahari

Diterbitkan pada: 11:51PM 04/04/2016
Kategori: Pemikiran
135 Pembaca
Sumber:  http://apims.doe.gov.my/v2/
Sumber: http://apims.doe.gov.my/v2/
Bacaan Indeks Pencemaran Udara menunjukkan Kota Kinabalu dalam  bacaan indeks 68 masih di tahap sederhana. IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Namun walaupun dalam tahap yang sederhana langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan. 
 
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
  1. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
  2. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
  3. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
  4. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
  5. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  6. Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
  7. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
  8. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
  9. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.