Betulkah 53 Tahun Sabah Dalam Malaysia Kita Tiada Kemajuan??? Jom Tabbayun~

Diterbitkan pada: 6:43AM 13/04/2016
Kategori: Featured, Pemikiran
343 Pembaca

Saya Memuji Semangat yang ditunjukkan oleh saudara Jufazli yang telah mencipta gerakan anak muda Sabah yang mengaku sebagai “non partisan” mengenai Isu kemiskinan rakyat sabah.

Namun kita perlu menyelidik @ tabayyun apa yang diperkatakan oleh beliau secara ilmiah, rasional dan bukan emosional sebagai manusia yang berfikir. Mari sama- sama kita nilai betulkah apa yang dihujahkan.

vBANkO1457936848

“Dengan 37,965 isirumah, Sabah juga mempunyai bilangan isirumah yang tinggal di penempatan setinggan tertinggi di Malaysia pada tahun 2009, setara dengan 38.3% daripada jumlah keseluruhan sebanyak 99,022 “squatter households” atau isirumah setinggan di Malaysia.Maka, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada tahun 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi “soft and hard infrastructure”. -Julfazli

Mengenai isu setinggan di negeri sabah kerajaan negeri telah melaksana banyak program- program perumahan mampu milik untuk rakyat miskin. “Kerajaan telah membina sebanyak 13,756 unit rumah dalan Program Perumahan Mampu Milik telah dibina manakala 5,735 unit lagi sedang dalam pembinaan oleh Jabatan Perumahan Negara di negeri ini dan Yang baharu diluluskan dalam Bajet 2015 ialah sebanyak 2,000 unit lagi. Mengikut daerah bagi PPR disewa yang telah siap dibina ialah 13,756, Kota Kinabalu dan Tuaran sebanyak 5,059 unit, diikuti Sandakan (3,900 unit) Tawau (2,872 unit), Papar (1,225 unit) dan Lahad Datu pula sebanyak 700 unit,” – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor dalam persidangan dewan undangan negeri sabah. (10/11/2015)

Selain daripada itu kerajaan juga telah melaksanakan program PR1MA. Terdapat dua projek perumahan PR1MA di Sabah melibatkan sebanyak 7,750 unit rumah iaitu di Jalan Sim-Sim, Sandakan (1,750 unit) dan Inanam, Kota Kinabalu (60,000 unit). Katanya, PR1MA juga menawarkan rumah jenis kediaman dengan harga RM100,000 hingga RM400,000 khusus ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapat isi rumah purata antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan. Sumber (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri 2015)

Selain daripada itu, sebanyak 15,455 buah rumah mendapat sambungan bekalan elektrik, 68,092 rumah (bekalan air bersih) dan lebih 458,000 kilometer jalan,
Kalau saudara tak percaya bolehlah buat lawatan sambil belajar
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
© Utusan Melayu (M) Bhd

Banyak lagi program jangka panjang dan jangka pendek dilaksanakan untuk membantu rakyat negeri sabah dalam mendapat kehidupan yang lebih baik.
Hal ini menidakkan hujah saudara jufazli seolah- olah kerajaan langsung tidak ada membuat projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat sabah. Saudara jufazli harus tidak sembunyikkan kejayaan dalam membuat kenyataan.

“Kadar kemiskinan Sabah pada paras 19.7% atau 19.2% jika digabungkan dengan Labuan adalah yang tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada 3.8% atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai negeri termiskin di Malaysia”. -Julfazli

Dakwaan kadar kemiskinan yang tinggi di Malaysia kadar kemiskinan negeri Sabah ialah 3.9%pada laporan untuk tahun 2014 yang sebelum ini pada tahun 1976 adalah 58.3% berlakunya penurunan yang agak besar untuk peratus kemiskinan di sabah bukan bertambah miskin. Ini menafikan dakwaan saudara yang negeri sabah tiada kemajuan Sumber:http://www.epu.gov.my/…/644c2b23-f34b-4813-bf71-dcda76acd351

Sebagai bukti program pengurangan kemiskinan yang dilaksanakan untuk memgurangkan kemiskinan di sabah yang mendapat penyertaan daripada rakyat sabah ialah program berkesan yang dilaksanakan di bawah NKRA-LIH ialah Program 1AZAM. AZAM adalah singkatan ‘Akhiri Zaman Miskin’. 1AZAM berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikanproduktif yang bertujuan mengoptimumkan potensi individu berteraskan bidang kemahiran atau minat mereka. Ia boleh disertai oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) tanpa mengira gender, kaum dan fahaman politik. Di sabah sahaja wujud program AZAM sabah yang mencatat peserta yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12,067 pada tahun awal AZAM dilaksanakan pada tahun 2011 dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun.

Selain daripada itu, 1Azam, MESEJ, Ladang PPRT, Program Bantuan Rumah dan lain-lain lagi termasuk program-program di bawah NKRA, Infrastruktur Asas Luar Bandar telah berupaya menurunkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah secara signifikan.

“Pentadbiran YAB Musa Aman, Peratusan miskin telah dapat diturunkan dari 19% 2005 turun kepada 8% pada 2013. Antara program yg dilaksanakan termasuk 1Azam, Mini Estet Sejahtera MESEJ, Ladang PPRT dan program- program sosio ekonomi yg melibatkan keluarga miskin tersenarai dlm E-Kasih” – YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
http://ww2.sabah.gov.my/kplb/galeri.html

Tahukah saudara, bagi negeri Sabah, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan hal digariskan oleh pihak kerajaan hasil daripada cadangan daripada kerajaan negeri. Hal ini untuk memastikan ramai rakyat sabah menikmati bantuan daripada kerajaan persekutuan. Jadi tidak hairanlah jika data itu menunjukkan sabah tertinggi kemiskinannya jadi tidak adil jika kita buat perbandingan secara terus tanpa kajian.

Untuk pengetahuan anda UN Development Programme (UNDP) menyebut Malaysia adalah negara membangun pertama yang mendefinisikan pendapatan kemiskinan rasmi. Laporan Pelaksanaan Dekad Kedua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi jangka masa 2008-2017 yang dibentangkan pada sidang tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-66 di New York pada 2011 mengiktiraf kejayaan negara mengurangkan kadar.kemiskinan.

Sumber: file:///C:/Users/User/Downloads/eBUKU_BASMI_KEMISKINAN.pdf
“Sabah ialah negeri paling kaya dengan sumber alam. Namun masyarakatnya paling miskin di Malaysia. Pergi mana pemimpin kami bawa lari kekayaan ini?” – julfazli

Ya memang kita sabagai sabahan mengakui bahawa negeri sabah merupakkan negeri yang mempunyai sumber alam yang sangat banyak. Dalam tahun 70-an hingga 80-an negeri kita merupakan negeri pengeluar balak yang tertinggi di Malaysia namun selepas tahun 80-an kegiatan pembalakkan telah dikurangkan oleh kerajaan dengan mewujudkan banyak hutan simpan di negeri kita. sedangkan umno rasminya ada di sabah pada tahun 1994. yang sebelum itu sabah ditadbir oleh USNO, Berjaya, dan PBS.

Dalam Malaysia sekalipun tiada negeri yang kaya raya semua negeri masih ada masalah kemiskinan, adil untuk saudara julfazli untuk membuat perbandingan jika hanya sabah sahaja yang miskin dan negeri lain kaya.

Untuk pengetahuan saudara jufazli sabah antara negeri yang terbesar menerima bajet pembangunan daripada kerajaan persekutuan. Sebanyak RM4.07 bilion untuk pembangunan sahaja dalam Bajet Persekutuan 2015 untuk pelaksanaan pelbagai projek di Sabah.

Rasanya dengan ekonomi yang tidak menentu dengan harga minyak(sumber negari kita) yang yang tidak stabil dan mustahil dengan sumber negeri yang terhad kita mampu untuk mendapat nilai bajet pembangunan yang sangat banyak untuk negeri sabah. Iaitu pengagihan RM27 billion untuk Lebuhraya Pan Borneo, Sejumlah RM 660 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan keselamatan Sabah dengan menambah aset keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (Esszone).
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/16697

ini antara fakta- fakta yang saya jumpa dalam proses tabayyun atau sedikit kajian. saya rasa tuntutan saudara julfazli untuk meminta kerajaan menyelesaikan isu kemiskinan di Negeri kita adalah tidak masuk akal.

Semua Negara di dunia ini termasuklah Negara mundur, membangun, hatta Negara maju tidak dapat lagi selesaikan seratus peratus isu kemiskinan ini.
Seterusnya mengenai isu korupsi pemimpin negeri kita YAB Musa Aman bagi saya ianya tidak adil jika kita menuduh tanpa ada bukti yang kukuh. Bagi saya YAB Musa masih baik dengan saudara kerana langsung tidak membuat laporan polis dan mendakwa saudara.dan saya bukan niat untuk membela siapa-siapa tapi cukuplah kita jangan mewarisi politik yang tidak baik dengan memburukkan pemimpin tanpa menyiasat. Lain kali kita kena berfikir sebelum melontar hujah dan pendapat, sebab itu menlihatkan siapa kita, termasuklah jika kita beremosi dan menggunakan ayat yang langsung tidak menunjukkan peribadi kita sebagai seorang graduan universiti.

yang memang nombor bukan menceritakan segala-galanya tapi kenyataan yang emosi pun bukan menyelesaikan masalah.
Ya saya memang akui mungkin ada kelemahan dalam pelaksanaan tapi sebagai anak muda mehentam dengan emosi itu bukan penyelesai kepada isu ini. Apa kata kita sama-sama kenal pasti tempat dan masyarakat yang tidak mendapat bantuan kita bantu mereka untuk mendapatkan bantuan dengan menyampaikan perkara ini kepada pihak yang sepatutnya jabatan kebajikan masyarakat dan agensi atau wakil rakyat yang bertanggungjawab. Oleh yang demikian saya mengajak saudara untuk menyertai saya.

Saya juga sangat bersetuju jika kita sentiasa berfikir dan berdikusi bagaimana untuk membangun masyarakat sabah daripada kesusahan dan kemiskinan.
Dan saya secara peribadi ada tuntutan gerakan anda yang tidak rasional kepada perubahan negeri sabah.
Sekali lagi jika anda non partisan kenapa anda hanya memhentam kerajaan semata-mata dan membela pembangkang?

Jika jufazli jadi pemimpin satu hari dan julfazli dihentam begini apa yang julfali rasa?

Saya pun bukan keluarga yang senang tapi saya juga kena rasional mengenai perkara ini. Alhamdullilah selama saya tinggal di sabah, alhamdulilah saya masuk universiti dan menjadi seorang graduan.

saya mohon kepada saudara Jufazli Shi Ahmad jika kita menggunakan ayat Al-Quran janganlah menggunakan Ayat yang tidak berbudi pekerti dan janganlah gunakan ayat Al-Quran untuk Menghalalkan apa yang kita buat.

sekian dan saya yakin kita semua mahu lihat sabah yang baik dimasa depan.
Zainald Bin Zainuddin
Graduan Universiti Malaysia Sabah
Dalam International Relation- School of Science Social
Bumiputera Sabah