BETULKAH PEMERINTAHAN MAHATHIR SEMPURNA? TIADA SILAP SEMASA 22 TAHUN?

Diterbitkan pada: 3:02PM 16/12/2016
Kategori: Pro Politik
586 Pembaca

PROJEK MAHATHIR YANG MEMBEBANKAN RAKYAT SEPANJANG 22 TAHUN MEMERINTAH
By Melayu Berwawasan – 16 December 20160240

Adakah semua usaha Mahathir selama 22 tahun memerintah semuanya membazir dan membebankan rakyat? Mari kita nilaikannya sendiri.

# Buat Perwaja, beban RM16 billion pada rakyat.
# Buat Putrajaya, beban RM1billion setahun pada rakyat untuk 25
tahun.
# Buat Proton, beban RM300 billion pada rakyat.
# Buat IPP, beban RM238.3 billion pada Petronas.
# Buat LRT, Intarakota dan Park May, beban RM10.5 billion pada
rakyat.
# Buat Lebuhraya, beban RM500 billion pada rakyat.
# Buat Empangan Bakun, beban RM15 billion pada rakyat.

Ingatlah ini saja lebih dari 1.1 trillion beban yang perlu rakyat tanggung. Itu belum kira yang banyak lagi projek bersama kroni dan di luar pengetahuan kita. Paling kurang 2 trillion rakyat akan tanggung akibat perbelanjaan boros Mahathir untuk menaikkan nama dia, anak-anaknya, kroni-kroninya dan kemudian barulah nama negara.

Sekiranya mahu dibandingkan dengan pembangunan dan transformasi yang dilaksanakan PM Najib, adalah lebih bagus kita tidak membandingkan pencapaian pemimpin terdahulu dengan pemimpin yang terkini. Kerana cabaran yang mereka hadapi dalam tempoh pemerintahan mereka adalah berlainan.

Walaupun zaman Mahathir kita nampak macam baik dan bagus perjalanan pentadbirannya, adakah kita tahu urusan di sebalik tabirnya?

Begitu juga dengan pemerintahan PM Najib kalau semua pembangunan dan sumbangannya kepada rakyat dianggap dedak dan membazir adakah pelaburan zaman Mahathir juga boleh dianggap membazir?

Kita sebagai rakyat perlu tahu hutang negara, walaupun nilai (bukan nisbah) meningkat, tidak sepatutnya dilihat secara mutlak, tetapi dibanding dengan kemampuan untuk membayar balik.

Walaupun ada kelembapan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, namun pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 20 yang terbaik di dunia. Malah pada suku ketiga 2016, pertumbuhan KDNK sudah mula meningkat semula.