“Brexit’ dan “Wang Dalam Poket Kita”

Diterbitkan pada: 2:32AM 25/06/2016
Kategori: Featured, Isu
332 Pembaca

 

brexi2

Sumber gambar : www.aljazeera.com

Penulisan kali ini cuba untuk membawa kita mengapa kita perlu cakna kepada ekonomi dunia. Amat-amat penting kita tahu kerana nilai duit dalam poket kita sekarang berkaitan dengan ekonomi dunia.

Brexit ialah singkatan bagi “Britain Exit” iaitu usul supaya United Kingdom atau Britain keluar daripada European Union(EU). EU ialah satu kerjasama antara aktor negara melibatkan 28 negara di benua Eropah. EU ditubuhkan selepas perang dunia kedua tujuan utama untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan Eropah dari segi ekonomi, politik, dan sosial tetapi sebelum tertubuhnya EU wujud EEC – European Economic Community yang telah menjadi asas . Sebelum ini jika kita mengkaji sejarah eropah penuh dengan pelbagai peperangan yang menyebabkan kerugian dari segi ekonomi dan sosial.

Satu referendum telah diwujudkan bagi mendapatkan suara daripada rakyat UK mengenai perlu kekal atau keluar daripada EU. Di sini lahirlah dua golongan iaitu Brexit iaitu mereka yang mahu keluar dan Bremain mereka mahu kekal dengan EU. Referendum ini ialah sebahagian daripada manifesro oleh David Cameron pada pilihraya di UK.

Kempen Bremain ini diketui oleh bekas pengerusi Markas and spencer, Lord Rose yang disokong oleh PM david Cameron serta kebanyakkan ahli parti-parti lain (Buruh, Libdem, Plaid Cymru, Alliance, Green). Manakala, Brexit pula, disokong kuat oleh bekas datuk bandar London, Boris Johnson dan kebanyakkan ahli Uk Indenpence Party(UKIP) dan parti-parti lain.

Antara Isu yang diperdebatkan

~Ekonomi

Penyokong Brexit berpendapat bahawa ekonomi UK selama ini dikawal oleh EU selama ini oleh peraturan yang ditetapkan yang banyak membawa kesan yang negatif kepada ekonomi. UK boleh mencapai ekonomi yang baik jika keluar daripada EU kerana pembelanjaan dapat dikurangkan untuk membantu negara-negara EU yang mempunyai krisis.

Bremain Pula berpendapat kesan negatif jika keluar daripada EU bakal berlaku kerana UK bakal kehilangan pasaran yang besar selama ini menyumbang kepada ekonomi UK. Mereka berpendapat UK berkembang maju dengan cepat dari segi ekonomi disebabkan EU. Dengan keluar daripada EU UK bakal kehilangan pasaran eksport sebanyak 45%.

~Imigran

Penyokong kepada Brexit kemasukan imigran ke UK perlu ada sekatan untuk menjamin kebajikan rakyat UK setimpal dengan cukai yang telah dibayar. Kemasukan imigran mendatangkan kesan yang negatif kepada ekonomi banyak pendatang yang datang daripada negara EU.

Penyokong kepada Bremain pula, berpendapat dengan kedatang imigran berkerja akan meningkatkan pendapatan cukai dengan keluar daripada EU akan menyebabkan perkara yang sebaliknya.

Keputusan penuh referedum;

Brexit

Sumber; http://www.bbc.com/news/politics/eu_referendum/results

Antara kesan kepada negara:

Berdasarkan liputan kajian firma penyelidikan itu, syarikat-syarikat pelaburan utama Malaysia di UK kebanyakannya terlibat dalam pembangunan hartanah iaitu SP Setia Bhd. Group (SP Setia) dan Sime Darby Group (Sime Darby) bagi projek Battersea, Wessex Water (YTL Power International Bhd.), Resorts World Birmingham (Genting UK) dan projek tenaga diperbaharui Peterborough (KNM Group).

ekonomi UK yang dijangka perlahan berkemungkinan memberi kesan kepada kadar ambilan bagi projek Battersea pada masa depan tetapi projek tersebut telah mendapat jualan yang besar berjumlah 1.6 bilion pound (RM9.35 bilion) atau 18.3 peratus daripada keseluruhan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak 8.7 bilion pound (RM50.84 bilion).

kelemahan mata wang pound seharusnya akan memberi hasil keuntungan yang rendah dalam ringgit (kesandaripada tukaran mata wang dan margin).

Berdasarkan analisis kami, 10 peratus penyusutan dalam tukaran pound dan ringgit akan memberi kesan kepada keuntungan bersih SP Setia dan Sime Darby pada tahun kewangan 2017 dengan anggaran 3.5 peratus dan 1.1 peratus.

Sumber;

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/brexit-jejaskan-syarikat-malaysia-di-united-kingdom-1.343857#sthash.AVkdK9k0.dpuf

Harga komuniti minyak pun dijangka akan turun disebabkan hal ini dan saham-saham negara seperti Jepun, China, dan negara Asia Tenggara ditutup rendah dan menunjukkan keadaan yang tidak baik disebabkan kerisauan para perlaburan dengan ekonomi UK.

Kenapa kita perlu tahu?

UK ialah negara ke-5 dalam ekonomi dunia, jika UK mengalami krisis ekonomi akan memberi kesan kepada ekonomi dunia. Kesan yang paling ketara ialah kepada China kerana China merupakan terbesar ke UK dan EU. Jika kita belajar daripada krisis ekonomi sebelum ini iaitu krisis Subprima yang bermula daripada Amerika Syarikat dan memberi kesan kepada China dan akhirnya kepada Asean. Beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat gulung tikar disebabkan hal ini.

Brexit dan Sub Prima memang perkara yang berbeza tetapi persamaan kedua-dua perkara ini ialah memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia termasuk negara kita. Apabila nilai mata wang negara ekonomi besar terjejas akan menyebabkan mata wang negara kita juga mendapat kesan yang buruk.  Selain daripada itu, mengurangkan keuntungan perlaburan syarikat negara kita di UK. Keuntungan negara ini mungkin sebelum ini dijadikan dana untuk pembangunan ekonomi mungkin berkurang.

Tetapi melihat kepada kenyataan Perdana Menteri Malaysia tadi fundalmental ekonomi kita tidak menjurus kepada negara UK sahaja dan kemungkinan kita mendapat impak yang minimum. Disini kita dapat lihat, bahawa kekuatan dalaman sesebuah negara dan benua sangat penting agar tidak terlalu bergantung dengan negara atau benua lain dalam hal ekonomi.