Zahid, amat berpuas hati terhadap perpaduan UMNO Sabah di bawah pimpinan YAB Musa Haji Aman Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, dan sabah adalah simpanan tetap dan kubu kuat barisan nasional.

Diterbitkan pada: 9:52PM 21/08/2016
Kategori: Featured, Isu
217 Pembaca

SANDAKAN 21 AUGUST 2016. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kanan) pada majlis perasmian serentak Mesyuarat UMNO Bahagian Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Libaran dan Batu Sapi di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan. NSTP/EDMUND SAMUNTING

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kanan) pada majlis perasmian serentak Mesyuarat UMNO Bahagian Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Libaran dan Batu Sapi di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan.

Sandakan 21 Ogos – Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, amat berpuas hati terhadap perpaduan UMNO Sabah di bawah pimpinan YAB Musa Haji Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. “Sabah adalah simpanan tetap dan kubu kuat barisan nasional. Memang benar kata Datuk Musa Umno Sabah memperlihatkan kerja dan prestasi yang amat baik.” kata Zahid dalam ucapan sempena perasmian Mesyuarat perwakilan Zon 5 Sabah.

M5

Tambah Zahid lagi, dengan nada sindiran “walaupun Sabah adalah simpanan tetap UMNO dan BN, ” ada juga yang cuba berhasrat mengoyang-goyang dan mengelitik dari tepi ke kepala hingga kebelakang, dengan sikap riak dan takbur,” beliau berkata kita Umno terus beristiqamah, biar gelombang melanda sekalipun tiupan badai begitu kencang namun umno dan barisan nasional tetap bertaktah di bumi di bawah bayu.”

MUSA1

Kata-kata semangat yang di bangkit Datuk Zahid kepada sidang perwakilan “Kita tidak perlu menyentuh musuh-musuh politik kita, sebab sejarah telah membuktikan mana-mana parti yang di tubuhkan atas hasrat membalas dendam atau kekecewaan , parti itu jangka hayatnya tidak akan panjang.

14022378_1770511533232072_3695729230691174224_n

Ujarnya lagi, “dalam umno pemimpin silih berganti bila sampai masanya tak perlu lah mendesak, ibarat sebuku lama di simpan di atas dengan penghormatan tetapi buku lama ini ingin juga diletak dirinya diatas lantai, maka kita tidak menghalang silakan, tambahnya lagi beliau tidak merujuk sama ada orang itu masih hidup atau telah mati tetapi itulah hakikatnya.”

“Semua pemimpin umno yang duduk dalam kementerian seperti saya adalah hasil dari sokongan ahli umno akar umbi seperti hari ini” Jelas Zahid lagi

M4

Kenyataan Zahid juga disokong oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yang menyatakan dalam ucapannya “Umno sabah masih simpanan tetap, dimana 32 calon  Umno  yang bertanding dalam dalam ke semua Pilihanraya Umum menang kecuali PRU ke13 hanya 1 kalah”

M5

“UMNO Sabah amnya dan UMNO Zon 5 khususnya sentiasa tetap menyokong Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri untuk terus menerajui negara” yang telah menjelaskan pendirian Umno Sabah dan UMNO Zon 5 Sabah dalam majlis yang sama.

M3

“Barisan Nasional  telah terbukti cemerlang dalam pentadbiran sebaliknya kepimpinan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor dan DAP di Pulau Pinang ternyata banyak masalah” Tegas Musa lagi.