Di mana Shafie selama ini? Hilang kuasa dan tidak jadi menteri baru mahu menjadi hero pada negeri.

Diterbitkan pada: 2:38PM 25/07/2016
Kategori: Pro Politik
235 Pembaca

Shafie Apdal

Shafie  keluar daripada UMNO dan sekarang telah menentang parti yang pernah dianggotai dan mula bercakap mengenai perjuangan negeri dan mengenai hak negeri Sabah.

Yang menjadi tanda tanya mengapa semenjak 1994 beliau menjadi ahli parlimen dan ahli  dalam  parlimen langsung tidak menyentuh mengenai isu rakyat dan hak autonomi Sabah tetapi selepas beliau keluar dan daripada UMNO dan tidak menjawat apa- apa jawatan dalam kementerian baru bercakap mengenai soal rakyat Sabah.

Mengenai ucapan- ucapan Shafie di beberapa tempat mengenai keseriusan memperjuangkan hak masyarakat sabah lebih kepada untuk kepentingan survival politik Shafie yang semakin tergugat dan rapuh dan bukan hak masyarakat Sabah. Untuk rekod Shafie sudah pernah menjadi menteri di beberapa kementerian.

Antaranya ialah Menteri di peringkat persekutuan iaitu dalam menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kenapa semasa mempunyai kuasa tidak menyatakan mengenai hak negeri dan hak rakyat Sabah?

Susuk Shafie sebenaqrnya lebih dikenali diperingkat persekutuan dan tindakan Shafie ini sebenar lebih kepada kekecewaan dalam kedudukan beliau dan bukan disebabkan kerana kepentingan rakyat. Sebagai rakyat sabah kita kena menilai kembali kejujuran Shafie dalam kata memperjuangkan hak rakyat dan negeri Sabah.