FAKTA KES: KENAPA JUJU DITANGKAP?

Diterbitkan pada: 3:21PM 11/11/2016
Kategori: Isu, Pro Politik
1401 Pembaca

jufazli111

Sebelum membuat andaian yang tidak tepat mari kita analisis apa punca penangkapan dan reman dibuat oleh pihak polis? Adakah penangkapan ini dibuat tanpa melalui prosedur? Apakah Sebab Jufazli Direman oleh pihak polis? Adakah Jufazli dinafikan Hak? Adakah Jufazli hanya mengritik seperti yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang dan NGO yang memang tentu berat sebelah dan membelakang realiti undang-undang.

Penangkapan dan tahanan reman tidak akan berlaku jika tiada Laporan yang dibuat. Tetapi berkenaan kenyataan Fitnah dan Jelik Jufazli telah banyak dilaporkan oleh masyarakat Awan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa hanya menjalankan tanggungjawab terhadap laporan awan yang dilakukan.

Antara Kenyataan yang dibuat oleh Jufazli di laman facebook beliau banyak berkenaan;

  • Pertuduhan Tanpa bukti Rasuah jabatan Air kepada kerajaan negeri, ketua menteri Sabah (post bertarikh 3 November,)
  • Membuat pertuduhan UMNO- BN, Musa Aman dan Najib Razak membuat percaturan rusuhan Abu Sayap di Tandou Lahad Datu( post 4 November, 2016)
  • Tuduhan Musa Aman dan Joseph Pairin terlibat isu Rasuah jabatan air (post 1 November, 2016)
  • Tuduhan Ketua menteri sebagai penyumbang utama penambahan pendatang Tanpa Izin (21 september 2016)
  • Tuduhan Rasuah Kayu Balak terhadap Ketua Menteri Sabah ( 19 Julai, 2016)

 

Perkara penting lagi Jufazli TIDAK PERNAH membuat Laporan polis terhadap setiap pertuduhan yang dilakukan kepada ketua menteri dan kerajaan negeri Sabah dan semua pertuduhan tidak ada bukti yang jelas.

Reman soal siasat dilakukan selama 3 hari atau lebih selagi kes ini belum selesai dan memang semua yang dibuat ini melalui prosedur undang-undang. Jufazli juga diwakili oleh peguam dan boleh menhubungi keluarga dan pihak terdekat dan masih memenuhi hak sebagai orang yang direman.

Antara undang-undang yang boleh dijatuhkan kepada Jufazli JIKA disabit bersalah berdasarkan bukti yang diambil, soal siasatan berdasarkan laporan daripada pihak Awan.

Seksyen 211:  Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik

(1)   Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang.

(2)   Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Persoalan-persoalan ini perlu difikirkan bersama

Jom Analisis!