Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah Mempergunakan “Anak Muda Sabah” demi Kepentingan Pakatan Rakyat

Diterbitkan pada: 2:13PM 19/05/2016
Kategori: Featured, Isu
305 Pembaca

bersih1Pengasas Anak Muda Selamatkan Sabah yang tidak pernah mendapat mandat dari anak muda sabah ini baru- baru ini membuat  surat layang kepada Mahathir Mohammad, Team Umno B dan Pakatan Harapan. Dalam Surat ini mempunyai 37 perkara yang berkaitan dengan pendirian saudara Jufazli mengenai Deklarasi Rakyat.

Antara kesimpulan ringkas  kenyataan gerakan ini ialah;

  • Deklarasi rakyat ini melacurkan nama rakyat dan tidak jujur dalam menyelamatkan Malaysia.
  • Pakatan Harapan hanya digunakan oleh UMNO B.
  • UMNO B boleh menhancurkan Angenda Pakatan Rakyat
  • Memuji Pakatan Harapan sebagai pejuang-pejuang rakyat yang baik
  • Pakatan Menghabiskan Masa untuk deklasi bukan persediaan pilihanraya negeri sarawak
  • Pakatan Rakyat perlu berhenti menyokong deklarasi ini kerana mereka sebenarnya ditipu.

Sebenarnya kenyataan pengasas gerakan ini sangat panjang tetapi penulis sengaja mengambil beberapa perkara yang memperlihatkan gerakan ini bias. Kita sendiri fikir orang yang melacurkan perkataan “non partisan” melahirkan kebimbangan kepada Pakatan bukan kepada kepentingan Masyarakat Sabah. Sebenar dia dengan menuduh Tun Mahatdir melacurkan rakyat demi kepentingan peribadi, tetapi sebenar dia pun sama melacurkan “anak muda sabah” untuk kepentingan diri dia dan kepentingan pakatan harapan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa gerakan ini bias kepada pembangkang dan bukan sifat “non partisan”

Memang terserlah kewujudan gerakan ini bukan untuk perjuangan anak muda sabah tetapi demi agenda kuasa semata-mata.  Untuk pengetahun pembaca sebagai anak muda sabah tidak pernah memberi beliau mandat dan begitu juga rakan-rakan anak muda yang lain. Perjuangan gerakan ini ialah semata-mata kerana kuasa bukan kerana perjuangan masyarakat.