Gerakan Baju Kuning dan Baju Merah tidak Releven di Sabah.

Diterbitkan pada: 10:25PM 18/11/2016
Kategori: Featured, Isu
484 Pembaca

sabahan

Negeri sabah mempunyai keunikkan tersendiri kalau melibatkan kaum, agama, dan ideologi politik. Kita masing boleh bercerita satu meja, duduk satu meja jika berbincang dan berunding dalam sesuatu perkara. Bukan cara orang sabah berdemostrasi mendesak, menuntut, bersuara berkenaan hak melalui demostrasi atau turun ke jalanan. Banyak perkara yang berkaitan dengan negeri sabah kita berbincang dan bahas di dewan undangan negeri dan dilaksanakan hasil daripada wakil- wakil rakyat yang bersuara dengan saluran yang betul.

Perhimpunan baju merah dan baju kuning bermula di semenanjung bukan platform yang terbaik untuk masyarakat sabah. Banyak lagi platform lain yang kita boleh pilih sebagai contoh pembincangan, forum- forum, melalui pilihanraya dan, melalui pilihanraya jika tidak berpuas hati terhadap seseorang pemimpin. Masyarakat Sabah lebih matang dalam demokrasi dan kematangan dari politik. Sebagai contoh kita boleh lihat perubahan sebanyak 4 kali parti dominan iaitu UNKO, USNO, BERJAYA, dan BN yang memerintah Sabah dari tahun 1963 sehingga sekarang 2016. melalui pilihanraya dan bukan dengan cara demostrasi menjatuhkan atau desakan daripada masyarakat Sabah. Masyarakat sabah telah mengalami pelbagai iklim politik yang dimana wujud pelbagai kaum di dalamnya. kita ambil contoh pilihanraya di US kuasa akhirnya adalah pilihanraya bukan demostrasi.

Kesan negatif perhimpunan bersih ini jika berlaku pertembungan kuning dan merah akan mengugatkan kerharmonian masyarakat di Sabah. Hal ini yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat sabah dengan wujudnya pembahagian kumpulan merah dan kuning. Mungkin diantara pengajur dapat mengawal diri sendiri tetapi tidak kepada orang- orang mengikuti perhimpunan atau mungkin ada orang yang mengambil kesempatan dalam perhimpunan ini untuk menwujudkan provokasi politik dan provokasi kaum yang akan membawa kepada suatu suasana yang tidak stabil di sabah.

Perjuang merah dan kuning bukan perjuangan rakyat Sabah tidak memenuhi perjuangan aspirasi rakyat Sabah. Aspirasi rakyat sabah iaitu lebih Cintakan Keamanan, Keharmonian, Kestabilan dan Kemajuan. Kemananan walaupun kita berbeza agama, bangsa, dan ideologi politik kita tidak mahu membawa politik kebenciaan dalam suasana kehidupan kita. Kerharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara tiada pergaduhan atau rusuhan dalam negeri sabah. Kestabilan suasana politik yang tidak huru hara dan tidak ada yang mengamalkan politik melampau. Kemajuan negeri kita dari segi ekonomi. Peningkatan peluang perkerjaan, peningkatan pendapatan rakyat, akses kepada keperluan asas dan akses kepada pendidikan.

APA PANDANGAN MAHASISWA YANG PARTISAN?

Terserah kepada mahasiswa tersebut adakah mahu sertai dan ikut serta dalam parti politik tetapi jangan sampai bawa masuk ke dalam universiti. Tetapi adalah lebih baik seorang mahasiswa itu non partisan supaya boleh menilai mana satu baik atau buruk secara rasional bukan dipengaruhi.
memetik kata-kata prof ulung shamsul amri berkata mahasiswa ukm ini belum matang berpolitik secara mahasiswa. Walaupun turun berdemostrasi dan sebagainya. kenapa sebab mahasiswa banyak yang menjadi tunggangan politik dan tidak faham apa yang mereka bawa dan mereka hanya jadi alat.

saya juga mempersoalkan mengenai siapa yang layak menganti kerajaan sekarang? adakah pembangkang cukup bersih?
ambil contoh indonesia. Mahasiswa trisakti berjuang untuk menjatuhkan suharto. adakah selepas itu mahasiswa yang jadi ketua negara?
makna kita sebagai apa?
perkara ini juga kita kena sedar agar kita jangan jadi alat kepada pihak yang berkepentingan atau menyediakan laluan.

Mahasiswa begitu idealis tapi masa yang sama kita juga kena berpijak dengan realiti. sebagai contoh kita lepas belajar dan habis belajar punya tanggungjawab kepada keluarga. jadi kita kena sedar apa keutamaan kita.

Mahasiswa juga tidak boleh sempitkan hanya terlibat dengan politik sahaja sebagai membantu masyarakat. sebab mengajar mengaji pun kira berjuang dan membantu orang lain pun berjuang. Ambil contoh satu gerakkan yang wujud di UIAM yang non partisan mahasiswa mencari dana untuk memberi makanan kepada mahasiswa lain. Ini pun kira perjuangan besar.

ANTARA SOALAN DAN PANDANGAN DARI AUDIEN.
ada yang bersetuju bersih tidak sesuai di sabah dan ada yang setuju sesuai.

ada yang melihat bersih ini bias kepada pembangkang.

ada yang bertanyakan betulkah Soros menaja bersih? (soalan ini tidak dapat dijawab oleh panel yang bersetuju dan tidak pasti)

ada yang berpendapat demostrasi sesuai diadakan di sabah. banyak demostrasi dibuat mendatangkan hasil macam ada bantahan buat empangan, isu tanah, isu kilang arang batu dapat diselesaikan dan pada tahun 1987 pun ada demostrasi di kk sabah yang menyebabkan pilihanraya semula (saya jawab sebab 1987 saya tolak sekeras-kerasnya baju merah dan kuning. pada tahun tersebut rakyat sabah tahu apa kesannya. KK huru hara sampai ada letupan bom ikan dan isu perkauman dan agama diangkat dalam demostrasi tersebut. hasil dari demostrasi inilah huru hara. jadi kita rakyat sabah tidak mahu. pasal isu demostrasi jawpan masalah masalah rakyat itu salah. ada saluran betul untuk sesuatu isu menlalui pembincangan pasal kita boleh tengok hasilnya. Mengenai Bersih kita sudah tengok objektif yang berulang dan objektif tidak pun memenuhi aspirasi rakyat sabah.
lagi pun dalam bersih 5 sabah dan sarawak adalah perkara kelima dan bukann utamaan bersih.

Antara sedikit point jawapan Panel Wakil Mantap 5 di Forum bertajuk Relevenkah Bersih 5.

“No Yellow, No Red Shirts in Sabah”… We want peace, harmony, stability n progress!