Hati- hati dengan Ahli Politik Siber

Diterbitkan pada: 12:30PM 06/06/2016
Kategori: Uncategorized
146 Pembaca

siberDalam kemajuan sekarang kita dalam lihat hadirnya media-media baru yang membawa kepada kesan positif dan negatif. Namun, kecanggihan dalam teknologi telah menyebabkan pelbagai pihak telah mengambil kesempatan. Pelbagai maklumat telah banyak diputar belit untuk mendapatkan perhatian dalam dunia maya.

Gejala menfitnah dan menyebarkan berita dan fakta yang palsu dan emosi dijadikan tabiat. Hal ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kita. Sebagai contoh, kebakaran rumah setinggan di sabah yang banyak baru- baru ini telah menjadi modal politik bagi sesetangah orang dan telah menyebabkan pembaca terpengaruh dengan politik emosi dan palsu mereka yang boleh melahirkan tindakan kekerasan.

Selain daripada itu, isu mengenai agama dan perkauman pun sanggup dijadikan modal politik maya. Yang terbaru ialah kekeliruan pembentangan pindaan rang undang-undang syariah dan hudud yang dimainkan oleh segelitir pihak bagi mendapat perhatian.

Oleh yang demikian, pengguna dan rakyat Malaysia harus bijak dalam menilai satu fakta, hujah dan berita yang dimainkan oleh ahli politik siber. Setiap perkara perlu dikenalpasti kesahihannya dan dinilai kembali agar kita tidak menjadi mangsa politik siber ini.