Isu Merdeka 53 atau 59 tahun dan akhirnya apa?

Diterbitkan pada: 3:55PM 26/09/2016
Kategori: Uncategorized
138 Pembaca

 

untuk-blog2

Baru-baru ini saya dan rakan-rakan sempat bercerita dengan seorang pakcik yang mengaku seorang nasionalis untuk negeri Sabah yang menyatakan kita sudah ditipu tentang tarikh kemerdekaan negeri Sabah dan tentang penjanjian Malaysia.

“kamu generasi muda seharusnya berjuang menentang malaya, kita merdeka 53 tahun bukan 59, 59 itu kemerdekaan Tanah Melayu. Kita ini sudah dijajah kita kena melawan!”

“Jadi kamu sebagai anak muda kena bangkit menentang penipuan dan pemalsuan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kamu kena turun bersama- sama mereka untuk perkara ini.” Biasanya bila saya dan rakan-rakan yang lain hanya diam bila berjumpa orang yang berumur dan bersemangat dan cuba fikir balik apa sebenarnya yang beliau ini kata. Sebab kalau melawanpun akhirnya apa yang jadi?

Memang betul, apa pandangan yang menyatakan 53 tahun Sabah merdeka dan ada yang menyatakan 59 tahun. Mana-mana pun saya tiada masalah. Sebenarnya saya dan rakan-rakan seumur ini tidak kisah apa pun atau berapa tahun pun merdeka yang penting sekarang dan masa depan. Kami lagi memikirkan tentang survival generasi kami dan masa hadapan.

kelmarin saya ada mehadiri sebuah forum tentang kenegaraan di kota kinabalu juga, Betul dan setuju mengenai padangan anak jati sabah yang bergelar Prof madya dr R, Beliau menyatakan bahawa buat apa kita bergaduh mengenai tarikh ini yang paling penting sekarang bagaimana kita mengisi dan membawa negara kita. Bergaduh mengenai tarikh ini bukan membawa kebaikan sesama kita. lebih kurang begitulah ayat dia.

bagi pandangan saya sebagai generasi muda yang selalu dianggap mentah oleh generasi terdahulu. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai wilayah dan wilayah ini mempunyai kemerdekaan yang berlainan. Sebagai contoh kita ambil negara Jerman  (contoh yang diberikan oleh prof madya Dr R). German sebelum 1990 an  terbahagi kepada Jerman Timur dan Jerman Barat disebabkan perbezaan ideologi. Mereka pun memilih kemerdekaan paling awal sebagai kemerdekaan negara mereka negara Jerman. Selain daripada itu negara ini juga bersetuju negara mereka menang piala dunia sebanyak 4 kali. walaupun 3 kali sebenarnya dimenangi oleh jerman barat bukan timur. kita tengok sahaja ekonomi jerman sekarang merupakan yang terbesar dirantau eropah dan merupakan negara maju. Mereka tidak pula, begaduh pasal tarik merdeka timur dan barat? yang kita ini?.

Saya tidak kisahlah kita merdeka berapa tahun sudah dan bila kita merdeka? yang penting bagai generasi saya ialah survival untuk kami. lebih kepada pekerjaan, kos sara hidup, rumah dan semua keperluan asas rakyat dapat dipenuhi dan saya rasa kita tidaklah seteruk negara jiran kita yang lain. Dengan kos perubatan, perlajaran pengajian tinggi dan kos sara hidup yang tinggi tidak seperti di negara kita. (kalau tidak percaya cuba pergi Jakarta dan Manila tengok dan rasa sendiri).

Pasal dijajah ini? betulkah kah Sabah. bagaimana rupa negara dijajah? konsep mudah penjajahan jika kita melihat sejarahlah. Mana ada penjajah yang masih melindungi kepentingan bumiputera, memberi bajet setiap tahun untuk pembangunan, yang buat universiti di negara dijajah, sebenarnya banyak lagi. Sebenarnya ayat ‘penjajah’ ini tidak seseuai bagi pandangan saya yang kerdil ini. tapi kalau pakcik-pakcik dengan pandangan sendiri sekarang ini terserahlah. tapi tolong jangan bawa kami. tapi kalau ingin bawa kebaikan untuk negara kami akan bantu.

 

sekian

Zainald.com