Isu Pati Sabah Kerajaan Negeri Serius

Diterbitkan pada: 12:28AM 16/03/2016
Kategori: Featured, Pemikiran
151 Pembaca
Isu PATI ini sering dipolitikkan oleh pembangkang untuk menarik perhatihaan netizen di Sabah. Tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri tidak serius dalam menangani isu pati ini tidak benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah tangkapan dan usaha untuk menangani ini konsisten dijalankan oleh pihak kerajaan negeri.
Dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun 2015, seramai 148,212 orang diperiksa dan 17,615 ditahan, manakala 24,711 Pati telah dihantar pulang ke negara asal.- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
Selain daripada itu usaha kerajaan negeri Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaksanakan keputusan menukar Sijil Kelahiran Bukan Negara kepada Rekod Kelahiran untuk mengubah persepsi, mempermudahkan penguatkuasaan dan mengekang sindiket pemalsuan.Selain itu, penubuhan esscom dan esszon dengan bajet yang besar juga telah menyumbang kepada pengurangan kes PATI ini.
Sumber; http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1196972&cat=sbm
Jabatan Imigresen di negeri ini telah melaksanakan 330 operasi pada tahun lalu dan seramai 18,049 PATI serta mereka yang melanggar syarat-syarat imigresen termasuk tinggal lebih tempoh telah diusir menerusi penghantaran melalui udara dan laut,” katanya.
Beliau menambah, warganegara Filipina menjadi majoriti PATI yang ditahan di negeri ini iaitu seramai 14,098 orang diikuti Indonesia seramai 3,751 orang dan dari negara lain seperti Pakistan, Turki, China, Vietnam, India, Uzbekistan, Nepal dan Thailand.

Sumber https://www.facebook.com/jabatanpenerangansabah/posts/740087629422870

pati

Sumber gambar; http://www.ismaweb.net/2015/05/pendatang-asing-tanpa-izin-perlu-dihantar-pulang/

Isu PATI ini, kita tidak boleh menyalahkan pihak kerajaan seratus-peratus. Namun kita kena bertindak matang melihat faktor lain juga menyumbang kepada masalah PATI di negeri sabah. Antara majikan yang bersubahat dengan aktiviti ini dengan lebih cenderung mengambil pekerja asing disebabkan kos yang murah berbanding pekerja tempatan.