Isu Shafie tidak akan sampai tahap kesan domino pada UMNO Sabah.

Diterbitkan pada: 2:04PM 14/07/2016
Kategori: Featured, Isu
437 Pembaca

 

Yang terbaru mengenai  isu shafie yang keluar daripada umno dan banyak penganalisis politik yang menyatakan berlakunya teori domino dalam hal ini. Dalam asas domino pun, perlu menjatuhkan beberapa bongkah barulah boleh dinyatakan sebagai domino teori tetapi hal ini tidak terjadi. Jika kita dapat lihat kesan besar sedikit hanya berlaku dalam kawasan Semporna sahaja dan belum sampai melumpuhkan atau menyebabkan UMNO Semporna lumpuh sepenuhnya atau Bahagian lain UMNO Sabah lumpuh akibat tindakan Shafie. Disini beberapa perkara yang menujukan bahawa bahawa tidak akan berlaku teori domino dalam isu keluar daripada UMNO.

Isu shafie lebih kepada peribadi bukan isu general atau masrakat sabah. Masyarakat Sabah kebanyakkannya lebih fokus terhadap isu yang dekat dengan mereka seperti isu kos hidup, tanah dan kemudahan asas. Isu shafie langsung tiada kesan terhadap peranan UMNO Sabah terhadap masyarakat Sabah dan ahli Umno. Shafie hanya bpengaruh dalam beberapa bahagian sahaja. Dalam pemerhartian penulis Shafie hanya dikenali dan diterima dalam beberapa bahagian sahaja. iaitu kawasan beliau dan beberapa kawasan lain yang tidak mempengaruhi bahagian besar Sabah.

Tiada sokongan figura politik umno yg berpengaruh di sabah yg menyertai shafie. Bermaksud kapasiti Shafie tidak cukup untuk mempengaruhi kawasan lain.  Kerana setiap bahagian, mempunyai figura pemimpin sendiri sahaja. Yang majoriti masih menyokong UMNO dan mengikut setia terhadap pemimpin bahagian mereka.Umno sabah mempunyai banyak figura karisma yg mampu menakis pengaruh shafie. (Musa aman, hajiji, tawfik, rahman dahlan, salleh dan banyak lagi).

Domino teori ini hanya terpakai jika, Umno kawasan semporna betul-betul lumpuh dan menyebabkan beberapa bahagian lain lumpuh tapi itu tidak berlaku sama sekali.