JAWAPAN BALAS UNTUK HUJAH JUFAZLI : MUSA AMAN & UMNO-BN: BENARKAH MEREKA AKAN MEMAJUKAN NEGERI SABAH?

Diterbitkan pada: 4:23PM 30/08/2016
5757 Pembaca

Musa-Aman_sabah_600

MUSA AMAN & UMNO-BN: BENARKAH MEREKA AKAN MEMAJUKAN NEGERI SABAH?

Bismilah
Dalam kenyataan kononya akademik mengenai prestasi kemajuan Negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Jufazli adalah tidak boleh diterima secara bulat- bulat. Kenyataan yang akademik sepatutnya tidak ada unsur bias dan menyalah satu pihak sahaja terhadap suatu masalah. Isu sabah ini dipengaruhi oleh banyak faktor dan tidak boleh dinafikan 53 tahun sabah di dalam Malaysia masih ada pembangunan dari segi sosial, ekonomi, dan politik. Hujah Jufazli yang bersifat retorik dan politik saya akan balas dengan sedikit politik dan banyak fakta dan realiti yang sebenarnya ada kemajuan yang berlaku.
1) Dalam hujah Jufazli banyak menyalahkan kepimpinan Musa Aman dalam semua masalah yang berlaku dari yang sekecil kecil sehingga sebesarnya. Sedangkan Sabah telah mencapai kemerdekaan 53 tahun dan bersama Malaysia sudah bersama Malaysia selama 53 tahun. Adakah Musa Aman memerintah Sabah selama 53 tahun? Untuk pengetahuan Jufazli Musa Aman hanya memerintah Sabah selama 13 tahun semenjak 2003 dan UMNO masuk ke Sabah tahun 1994 jadi untuk menjadi adil kita sepatutnya menilai berapa tahun parti dan indiviudu itu memerintah itu baru namanya akademik dan bukan main retorik sahaja. Sedikit latar belakang politik Sabah, Sabah merupakan negeri yang banyak kali bertukar Ketua menteri berbanding negeri-negeri lain iaitu dalam 14 kali dan Sabah juga merupakan negeri yang paling banyak tukar parti pemerintah iaitu sebanyak 4 kali. Jadi cukup bermain retorik untuk menyalah Musa Aman dan UMNO sahaja dan menyatakan 2 entiti ini langsung tidak ada membawa kemajuan dari segi pembangunan dalam tempoh kepimpinan di negeri Sabah. Hal ini terbukti dalam petadbiran Musa Aman Sabah berjaya mengumpul rizab 3 Bilion seperti fakta yang saudara berikan.

 

2) Pasal isu kemiskinan, kita akan bercerita isu ini secara akademik dan fakta untuk membalas soalan dan pertikaian saudara. Berikut adalah dua kategori yang didefinisikan sebagai miskin: 1. Miskin tegar: Golongan ini terdiri daripada isi rumah dengan hasil pendapatan yang tidak berupaya menampung keperluan asas kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Isi rumah yang tergolong dalam kategori ini berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM460 di Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM630 di Sabah dan kurang daripada RM590 di Sarawak. 2. Miskin: Golongan ini pula terdiri daripada mereka yang tidak berupaya memenuhi keperluan hidup berdasarkan standard yang membolehkan mereka berperanan sebagai ahli masyarakat yang ‘bermaruah,’ sebagai contoh, golongan yang tidak mampu membiayai penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Isi rumah yang berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM760 di Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM1,050 di Sabah dan kurang daripada RM910 di Sarawak tergolong dalam kategori miskin. Tahukah saudara, bagi negeri Sabah, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan hal digariskan oleh pihak kerajaan hasil daripada cadangan daripada kerajaan negeri. Hal ini untuk memastikan ramai rakyat sabah menikmati bantuan daripada kerajaan persekutuan. Jadi tidak hairanlah jika data itu menunjukkan sabah tertinggi kemiskinannya jadi tidak adil jika kita buat perbandingan secara terus tanpa kajian. Sumber ; eBUKU_BASMI_KEMISKINAN%20(3).pdf

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri sabah antaranya ialah program e-kasih. Sabah mempunyai kelebihan dalam program ini kerajaan garis kemiskinan kita tinggi seperti definisi diatas. Fakta menunjukkan sebanyak 52,930 ketua isi rumah di sabah telah berdaftar dalam program ini. sehingga disember 2012 seramai 21,637 orang peserta negeri Sabah telah menyertai Program 1AZAM Sabah di bawah pelaksanaan kerajaan negeri antara penglibatan tertinggi antara negeri di Malaysia.Mesti timbul persoalan mengapa Sabah paling tinggi antara semua negeri. Hal ini disebabkan usaha untuk mencari rakyat miskin dipergiatkan untuk memastikan tiada rakyat yang menderita.

 

1Azam
Sumber; www.penerangan.gov.my

“Program Kerajaan Persekutuan seperti Elaun Sementara 1 Azam telah mencakupi keseluruhan jumlah KIRMT, manakala program-program Kerajaan Negeri seperti Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang PPRT (Kalabakan dan Tongod) serta Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES) telah berjaya melibatkan ramai KIRMT sekali gus
berjaya meningkatkan pendapatan mereka melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) miskin tegar,” – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman

Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/10/03/rm1-641b-telah-dibelanja-untuk-pembangunan/#ixzz42xUvvEm9
Hasil daripada usaha kerajaan negeri dan kerjasama kerajaan persekutuan kadar peratusan kemiskinan menurun.

1
Sumber; http://www.epu.gov.my/household-income-poverty

Sementara kadar mereka yang termasuk dalam kategori miskin tegar, Tahun 2004-6.5 peratus, Tahun 2007-3.7 peratus, Tahun 2009-4.8 peratus dan Tahun 2012-1.6 peratus.

2

Sumber; http://www.epu.gov.my/household-income-poverty

Kadar kemiskinan Sabah pada Tahun 2004-23 peratus, Tahun 2007-16 peratus, Tahun 2009- 19.7 peratus dan Tahun 2012-8.1 peratus.
Mengenai isu setinggan di negeri sabah kerajaan negeri telah melaksana banyak program- program perumahan mampu milik untuk rakyat miskin. “Kerajaan telah membina sebanyak 13,756 unit rumah dalan Program Perumahan Mampu Milik telah dibina manakala 5,735 unit lagi sedang dalam pembinaan oleh Jabatan Perumahan Negara di negeri ini dan Yang baharu diluluskan dalam Bajet 2015 ialah sebanyak 2,000 unit lagi. Mengikut daerah bagi PPR disewa yang telah siap dibina ialah 13,756, Kota Kinabalu dan Tuaran sebanyak 5,059 unit, diikuti Sandakan (3,900 unit) Tawau (2,872 unit), Papar (1,225 unit) dan Lahad Datu pula sebanyak 700 unit,” – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor dalam persidangan dewan undangan negeri sabah. (10/11/2015)

Selain daripada itu kerajaan juga telah melaksanakan program PR1MA. Terdapat dua projek perumahan PR1MA di Sabah melibatkan sebanyak 7,750 unit rumah iaitu di Jalan Sim-Sim, Sandakan (1,750 unit) dan Inanam, Kota Kinabalu (60,000 unit). Katanya, PR1MA juga menawarkan rumah jenis kediaman dengan harga RM100,000 hingga RM400,000 khusus ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapat isi rumah purata antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan. Sumber (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri 2015)
Selain daripada itu, sebanyak 15,455 buah rumah mendapat sambungan bekalan elektrik, 68,092 rumah (bekalan air bersih) dan lebih 458,000 kilometer jalan, Kalau saudara tak percaya bolehlah buat lawatan sambil belajar Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/
Banyak lagi program jangka panjang dan jangka pendek dilaksanakan untuk membantu rakyat negeri sabah dalam mendapat kehidupan yang lebih baik. Hal ini menidakkan hujah saudara jufazli seolah- olah kerajaan langsung tidak ada membuat projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat sabah. Saudara jufazli harus tidak sembunyikkan kejayaan dalam membuat kenyataan.
“Pentadbiran YAB Musa Aman, Peratusan miskin telah dapat diturunkan dari 19% 2005 turun kepada 8% pada 2013. Antara program yg dilaksanakan termasuk 1Azam, Mini Estet Sejahtera MESEJ, Ladang PPRT dan program- program sosio ekonomi yg melibatkan keluarga miskin tersenarai dlm E-Kasih” – YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
http://ww2.sabah.gov.my/kplb/galeri.html

3) Untuk pengetahuan Saudara UN Development Programme (UNDP) menyebut Malaysia adalah negara membangun pertama yang mendefinisikan pendapatan kemiskinan rasmi. Laporan Pelaksanaan Dekad Kedua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi jangka masa 2008-2017 yang dibentangkan pada sidang tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-66 di New York pada 2011 mengiktiraf kejayaan negara mengurangkan kadar.kemiskinan.
Sumber: file:///C:/Users/User/Downloads/eBUKU_BASMI_KEMISKINAN.pdf

 

4) Ya memang kita sabagai sabahan mengakui bahawa negeri sabah merupakkan negeri yang mempunyai sumber alam yang sangat banyak. Dalam tahun 70-an hingga 80-an negeri kita merupakan negeri pengeluar balak yang tertinggi di Malaysia namun selepas tahun 80-an kegiatan pembalakkan telah dikurangkan oleh kerajaan dengan mewujudkan banyak hutan simpan di negeri kita. sedangkan umno rasminya ada di sabah pada tahun 1994. yang sebelum itu sabah ditadbir oleh USNO, Berjaya, dan PBS. Dalam Malaysia sekalipun tiada negeri yang kaya raya semua negeri masih ada masalah kemiskinan, adil untuk saudara julfazli untuk membuat perbandingan jika hanya sabah sahaja yang miskin dan negeri lain kaya.
5) Untuk pengetahuan saudara jufazli sabah antara negeri yang terbesar menerima bajet pembangunan daripada kerajaan persekutuan. Sebanyak RM4.07 bilion untuk pembangunan sahaja dalam Bajet Persekutuan 2015 untuk pelaksanaan pelbagai projek di Sabah.Rasanya dengan ekonomi yang tidak menentu dengan harga minyak(sumber negeri kita) yang yang tidak stabil dan mustahil dengan sumber negeri yang terhad kita mampu untuk mendapat nilai bajet pembangunan yang sangat banyak untuk negeri sabah. Iaitu pengagihan RM27 billion untuk Lebuhraya Pan Borneo, Sejumlah RM 660 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan keselamatan Sabah dengan menambah aset keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (Esszone). Sumber : http://www.bharian.com.my/node/16697
6) Isu balak, ini antara fakta- faktanya ialah Sabah sudah kurang kegiatan kayu balak. Yang banyak menjalankan aktiviti kayu balak ini diatas tanah pesendirian. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga telah melaksanakan program Heart of Borneo demgan mengalakkan kerjasama dengan badan-badan lain bagi tujuan perlindungan hutan simpan di negeri ini.Sebagai contoh, Projek pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang didiami lebih 1,000 ekor Orang Utan meliputi kawasan seluas 240,000 hektar. Kejayaan kerajaan dalam usaha melindungi alam sekitar telah melepasi ketetapan piawaian yang dikenakan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Semulajadi (IUCN).Musa Aman ketua menteri Sabah juga merancang untuk meningkatkan keluasan kawasan dilindungi sepenuhinya daripada 1.35 juta hektar kepada 2.1 juta hektar atau 30 peratus daripada kawasan hutan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
7) Mengenai dakwaan bahawa kerajaan tidak serius isu keselamatan Sabah pula tidak patut diwujudkan dalam hujah saudara. Ini beberapa bukti fakta yang menunujukkan usaha yang dijalankan mendatangkan hasil. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dapat mematahkan tujuh cubaan menculik untuk tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) 2014 termasuk kes terbaru di perairan Semporna.
Sumber: http://www.theborneopost.com/2015/07/13/esscom-patahkan-tujuh-cubaan-menculik-sejak-tahun-lepas/#ixzz4CrAJsXcV Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya mengekang sekurang-kurangnya lima percubaan menculik yang telah dirancang pihak penjenayah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) Sumber; http://www.astroawani.com/berita-malaysia/esscom-berjaya-kekang-lima-cubaan-menculik-di-esszone-sejak-penstrukturan-semula-49917. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berjaya mematahkan sembilan cubaan menculik untuk tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), sejak perintah berkurung dilaksanakan Julai tahun lepas.Ketua Staf Pusat Operasi ESSCom Datuk Md Rahim Mohamad berkata kumpulan penculik itu menyasarkan kumpulan pelancong yang sedang melakukan aktiviti menyelam di kawasan tertentu. Beliau berkata kejayaan mematahkan cubaan culik itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk pengusaha resort di ESSZone. Sumber ; https://esscom.gov.my/?cat=20 Seramai 4,864 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam operasi bersepadu yang diselaraskan oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di enam daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dari 2 Januari hingga 25 Jun tahun ini. Pengarah Pusat Operasi ESSCOM Brig. Jen Dato’ Roslan Ismail berkata tangkapan tertinggi dicatatkan di Tawau iaitu 1,671 orang, diikuti Sandakan seramai 976 orang dan Semporna ( 858 orang). Beliau berkata Lahad Datu merekodkan jumlah tangkapan seramai 676 orang, Kunak (371) dan Kudat (312 orang)
8) Mengenai isu tuntutan Filipina menuntut Sabah hal ini tidak boleh diselesaikan secara mudah dan memerlukan masa. Kita tidak boleh memaksa Kerajaan Filipina mengugurkan tuntutan ini dan isu ini untuk sedia maklum merupakan modal politik di Negara Filipina. Pelbagai usaha yang dijalan oleh kerajaan sejak penubuhan Malaysia lagi mengenai pertikaian ini kerana kedua- dua Negara ada kepentingan. Ingin membawa ke mahkamah antarabangsa sekalipun memerlukan persediaan yang teliti dan mendalam kerana membabitkan negeri Sabah dan untuk membawa kes ini kedua-dua Negara kena bersetuju untuk membawa kes ini. WANG RM40 juta yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sempena PRK Permatang Pauh tahun 2008 merupakan wang parti yang mahu digunakan semasa PRK tersebut. Malangnya, pihak kerajaan Hong Kong menahan wang tersebut dan menyebabkan jentera parti tidak berfungsi dengan baik kerana kekurangan dana. Pihak kerajaan Hong Kong melalui Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah (ICAC) dan Pengubahan Wang Haram Negara itu telah menyiasat wang tersebut dan akhirnya memutuskan bahawa memang wang tersebut ‘wang parti’ di mana wang tersebut bukannya wang daripada individu. Oleh kerana wang tersebut wang parti, maka kerajaan Hong Kong akhirnya menyalurkan wang tersebut ke akaun parti UMNO Sabah. “Datuk Seri Musa Aman yang dikaitkan dengan wang tersebut bukan sahaja dibersihkan olehkerajaan Hong Kong, malah juga oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM. Selain itu, pembersihan nama Datuk Seri Musa Aman yang diumumkan melalui persidangan di Dewan Rakyat oleh Menteri berkenaan iaitu Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.”
9) Parti UMNO merupakan sebuah parti yang memerintah Sabah bersama dengan komponen BN lain. Parti sebesar itu sudah tentu mampu menggamit penumpang daripada ahli-ahli perniagaan kerana peniaga inginkan kestabilan politik dalam sesebuah negeri di tempat mana mereka melabur. Bagi sektor perniagaan, keamanan dan kestabilan politik amat diperlukan kerana hanya melalui keadaan itulah perniagaan mereka berjalan lancar dan terjamin. Perlu diketahui bahawa sumbangan syarikat-syarikat perniagaan kepada parti-parti politik atau badan-badan NGO adalah bebas cukai. Ini bererti, syarikat-syarikat boleh memohon rebat dan sumbangan yang termasuk dalam Company Social Responsibility (CSR). Dakwaan yang kononnya wang RM40 juta yang ditahan di Hong Kong dengan mengaitkan Datuk Seri Musa Aman itu hanya kerana beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Untuk makluman bahawa antara pemegang Amanah akaun perhubungan UMNO Sabah adalah Datuk Seri Musa Aman sendiri di samping Bendahari dan Setiausaha Agung. Wang parti adalah wang parti dan tiada kaitan dengan wang kerajaan. Sebagai bukti, Sabah sejak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan telah mendapat pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara bebas teguran malah rating antarabangsa memberikan ‘AAA rating’ tertinggi bagi pengurusan kewangan negeri. Sejak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, wang simpanannegeri melepasi RM3 bilion berbanding keadaan kewangan negeri sebelum itu yang hampir negatif. Selain itu, bajet kerajaan negeri senantiasa membuat rekod terbaharu!

 
10) Kesimpulanya, hujah Jufazli sebenarnya bukan akademik tetapi lebih kepada politik yang bertujuan untuk menjantuhkan kerajaan dan pemimpin. Ke semua hujah yang digunakan hanya memakai beberapa nama ahli akademik tetapi dihuraikan secara retorik oleh jufazli untuk member persepsi yang buruk rakyat. Kita sebagai anak muda haruslah jangan terpengaruh dengan apa yang disebarkan dan kita kena menyelidik sebenar dengan fakta tanpa bias supaya dapat menilai mana satu kaca dan permata.

 

Yang Benar

Zainald.com