Jawapan kepada pertuduhan serius daripada Saifullah Hisham, (Proksi PAWAS) Presiden Pertubuhan Angkatan Bersatu Pewaris Sabah.

Diterbitkan pada: 11:32AM 28/11/2016
Kategori: Pro Politik
432 Pembaca

pawas

Dakwaan 1:

Saifullah Hisyam – Mendakwa Pejabat Cawangan Negeri (PCN) KKLW di tubuhkan untuk memastikan dana-dana persekutuan(dalam konteks ini adalah NKRA RD GTP) itu dapat dipantau oleh jawatankuasa persekutuan yang dilantik oleh pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Audit Negara.

Jawapan 1:

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009. Objektif GTP untuk mentransformasikan Kerajaan menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab ke atas pencapaian yang paling penting kepada rakyat; dan kedua, adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi masyarakat maju, bersatu, dan dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini selaras dengan misi negara untuk mencapai Negara Maju berpendapatan tinggi Wawasan 2020.

Dalam Program Transformasi Kerajaan, Peneraju Kementerian NKRA atau NKEA, dalam konteks ini adalah NKRA Pembangunan Luar Bandar (NKRA RD) ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Pejabat Cawangan Negeri (PCN) KKLW tidak diperlukan untuk memantau bajet dan pelaksanaan Projek KKLW NKRA RD. Setiap kementerian akan menubuhkan Jabatan NKRA mereka sendiri (untuk Kementerian menerajui NKRA) dan Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (DMO) (untuk Kementerian menerajui NKEA) untuk memantau bajet dan pelaksanaan Program NTP. Jadi tidak ada sebab mengapa PCN perlu diwujudkan di Negeri Sabah kerana sudah ada jabatan dan bahagian dalam Kementerian Persekutuan itu untuk memantau kemajuan projek NKRA/NKEA tersebut.

Dakwaan 2:

Saifullah Hisyam – Mendakwa Ketua Menteri Sabah di senaraikan selaku ahli utama “lead minister” di dalam GTP –NKRA dan selaku Lead Minister dalam pelaksanaan program2 GTP-NKRA RD, YAB Datuk Seri Musa Aman adalah bertanggungjawab disebalik projek-projek NKRA RD.

Jawapan 2:

Seperti yang dilaporkan dalam Program Tahunan Transformasi Negara (NTP), Menteri Peneraju setiap NKRA atau Program NKEA adalah Menteri yang bertanggungjawab bagi setiap NKRA atau NKEA. Dalam kes ini, NKRA RD diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal, bekas Menteri KKLW. NKRA RD menjadi tanggungjawab Datuk Seri Shafie Apdal dan beliau perlu bertanggungjawab mengenai dakwaan beliau telah tuduh.

Semua maklumat mengenai Menteri utama bagi NKRA RD adalah terdapat dalam Laporan Tahunan GTP.

Dakwaan 3:

Saifullah Hisyam – Mendakwa laporan Annual Report National Transformation Programme (NTP) tidak lengkap.

Jawapan 3:

Seperti yang dilaporkan dalam Program Tahunan Transformasi Negara (NTP), adalah pihak Kementerian Datuk Seri Shafie Apdal yang mencadangkan projek-projek NKRA yang akan dilaporkan dalam laporan tahunan. Terdapat 7 NKRA dan 12 NKEA dalam Program NTP. Hanya projek-projek berimpak tinggi sahaja akan dilaporkan dalam laporan tahunan NTP.

Ia adalah tanggungjawab KKLW sekali lagi untuk mengesahkan dan menghantar laporan penuh projek-projek NKRA RD kepada Kerajaan Negeri.

Dakwaan 4:

Saifullah Hisyam – Menyalahkan segalanya masalah yang berlaku dengan Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri dan Ingin mengadakan forum terbuka dengan Saudara Joh Wid, Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Jawapan 4:

Kepada Saudara Saifullah Hisham, sepatutnya apa-apa dakwaan yang anda lemparkan, patut dikemukakan dengan bukti yang kukuh dan barulah selepas itu, sila laporkan ke pihak berkuasa. Saya pasti pihak Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama yang sepenuhnya jikalau saudara Saifullah Hisham dapat menunjukkan bukti yang kukuh di atas segala dakwaan-dakwaan saudara terhadap YAB Datuk Seri Musa Haji Aman dan Negeri kita yang tercinta.

Mohd Kurniawan Naim Moktar
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kinabatangan