Jufazli gerakan anak muda langsung tiada bukti mengenai semua pertuduhan jelik terhadap Ketua menteri dan motif hanya mencari publisiti murahan.

Diterbitkan pada: 3:01PM 11/08/2016
Kategori: Pro Politik
126 Pembaca

Ada apa

Jika kita sedar sepanjang tuduhan jufazli terhadap ketua menteri dan kerajaan negeri langsung tidak menunujukkan sebarang bukti yang kukuh yang boleh menyebabkan kita percaya. Kebanyakan kenyataan yang dibawa oleh jufazli hanyalah berkaitan dengan emosi bagi mendapat sokongan daripada masyarakat maya.

Tuduhan jufazli mengenai skandal kayu balak dan wang gagal dibuktikan dengan bukti yang jelas dan boleh dilihat seperti bukti dokumen hitam putih dan bahan yang mempunyai ciri-ciri yang jelas menunjukkan pecah amanah berlaku. Jika benar bukti ini sudah ada dengan jufazli tentu sahaja dia sudah menyebarkannya di alam maya. Tetapi bukti ini belum ada jadi jufazli hanya bermain dengan tuduhan dan fitnah dengan tujuan memburukkan pemimpin dan kerajaan,

Gerakan yang dia wujudkan lebih kepada gerakan induvidu kerana tidak dilihat  gerakan anak muda yang berkumpulan menyokong beliau. Jufazli lebih bermain pesepsi dan emosi dalam alam maya berbandingkan kebenaran dan fakta.