Kabinet Negeri secara rasmi menolak cadangan KPM menukar fungsi 2 IPGM di Sabah daripada institut latihan guru kepada institut latihan teknikal & vocational.

Diterbitkan pada: 11:05AM 24/11/2016
Kategori: Isu
530 Pembaca

logo_ipg

Pada mesyuarat Jemaah Menteri Sabah yg berlangsung pada 16/11/16, Kabinet Negeri secara rasmi menolak cadangan KPM menukar fungsi 2 IPGM di Sabah daripada institut latihan guru kpd institut latihan teknikal & vocational. Ini berikutan dgn taklimat rombongan pegawai tinggi KPM yg diketuai oleh Datuk Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Kabinet Negeri memaklumkan rombongan KPM bahawa semua IPGM di Sabah hendaklah dikekalkan serta berfungsi seperti biasa bagi memastikan jumlah guru terlatih tempatan dapat memenuhi keperluan Negeri ini. Pendirian ini juga sejejar dgn pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa menjelang tahun 2018, 90% guru2 sekolah di Sabah hendaklah terdiri dpd anak2 kelahiran Sabah.

Pendirian & keputusan Kerajaan Negeri Sabah ini juga telah di maklumkan kepada ADUN2 Sabah semasa persidangan DUN hari ini 23/11/16 oleh Menteri yg bertanggungjawab mengenai pendidikan di Sabah, DSP Masidi Manjun. Ia dibuat berikutan banyak pertanyaan mengenai isu ini yg ditimbulkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (18/11 – 24/11/16)

Masidi Manjun
Exco Pendidikan Negeri Sabah
merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah