Kelemahan Pakatan Di Sarawak : Kelebihan Kepada BN

Diterbitkan pada: 11:16AM 27/04/2016
235 Pembaca

sarawakUntuk sebuah pakatan berjaya dalam sesebuah pertempuran pilihanraya mereka mesti bersatu bertanding dalam sesebuah pilihanraya. Namun, hal ini menjadi duri dalam daging bagi pakatan rakyat apabila berlakunya pepecahan antara mereka dalam pilihanraya umum negeri pada tahun 2016 ini. Melihat kepada sejarah pilihanraya dahulu Pakatan  rakyat di sarawak berjaya menambah kerusi dan berada dalam keadaan yang lebih baik tapi pada masa sekarang berada dalam keadaan yang tidak bersatu.

Pada PRN 2011, PKR bertanding 49 kerusi DUN tetap berjaya menang 3 kerusi Sahaja Ba Kelalan (Baru Bian), Batu Lintang(see Chee) Dan Krian (Ali Biju). Manakala DAP bertanding 15 kerusi DUN menang 12 kerusi, iaitu Padungan (Wong King Wei), Pending (Violet Yong Wui Wui), Kota Sentosa (Chong Chieng Jen), Meradong (Ting Tze Fui), Bukit Assek (Wong Ho Leng), Kidurong (Chiew Chiu Sing), Batu Kawa (Christina Chiew Wang See), Repok (Wong Hua Seh), Dudong (Yap Hoi Liong), Pelawan (Wong Kee Woan), Piasau (Ling Sie Kiong) dan Pujut (Fong Pau Teck).

Daripada sejarah ini dapat dilihat sebenarnya DAP lebih mempunyai mempunyai rekod yang lebih baik dalam pakatan berbanding parti-parti lain di dalam pakatan yang sebelum ini mempunyai  PAS. Tetapi kejayaan ini banyak yang menyumbang perkara ini antara dengan kehadiran jentera PKR seperti anwar Ibrahim yang membantu DAP dalam berkempen di tempat-tempat yang bakal calon Pakatan Rakyat bertanding.

Dillema terbesar pakatan ialah PKR negeri Sarawak dan DAP sarawak pada PRN kali ini ialah tidak mempunyai kata sepakat mengenai kawasan-kawasan yang mereka bertanding. Kepentingan Parti dalam menambah kerusi lebih dilihat sebagai keutamaan berbanding menawan putrajaya. Sehinggakan terdapat perebutan antara DAP dan PKR mengenai kawasan pilihanraya.

Perkara yang berlaku ini menyebabkan pepecahan yang menidakkan keupayaann mereka untuk mentadbir sesebuah kerajaan. Jika perkara ini tidak diurus dengan baik kemungkinan Pakatan kali ini tidak mempunyai peluang menambah kerusi atau yang lebih buruk lagi kehilangan kerusi kerana lawan mereka Barisan Nasional mempunyai kelebihan dalam muafakat politik walaupun berbeza komponen parti.

Hal ini ditambah lagi dengan keluarnya Pas daripada pakatan rakyat dan wujudnya PAN. Hal ini membawa kepada kegagalan pakatan rakyat untuk menjadi dominan menjadi sukar dan mustahil. Akibat beberapa kaawasan yang mempunyai calon bertanding hampir 5 calon menyebabkan pecah undi dan memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat majoriti.

Kesimpulannya, pepecahan pakatan dalam PRN kali ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak lagi mampu untuk menawan Sarawak.