Kemiskinan Di Sabah Betulkah Tiada Perubahan?

Diterbitkan pada: 1:52AM 11/04/2016
Kategori: Pro Politik
695 Pembaca

Isu Kemiskinan merupakan isu yang biasa kita dengar dan berlaku di seluruh dunia dan semua negara mengalami masalah kemiskinan ini. Di Sabah isu ini merupakan isu yang “panas” banyaklah yang mengambil kesempatan untuk memutar belit fakta untuk kepentingan peribadi dan politik bagi menjatuhkan kerajaan Negeri. Termasuklah gerakan yang bertopengkan non partisan yang sebenar bukan menwakili anak muda yang berprinsipkan kepentingan politik.

Tujuan penulisan kali ini akan merungkai secara dalam mengenai usaha kerajaan  daripada kerajaan untuk menangani masalah kemiskinan di dalam Negeri Sabah.  Sebelum pergi dengan lebih jauh mari sama- sama kita memahami apakah dimaksudkan dengan miskin dan miskin tegar.

Berikut adalah dua kategori yang didefinisikan sebagai miskin: 1. Miskin tegar: Golongan ini terdiri daripada isi rumah dengan hasil pendapatan yang tidak berupaya menampung keperluan asas kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Isi rumah yang tergolong dalam kategori ini berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM460 di Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM630 di Sabah dan kurang daripada RM590 di Sarawak. 2.

Miskin: Golongan ini pula terdiri daripada mereka yang tidak berupaya memenuhi keperluan hidup berdasarkan standard yang membolehkan mereka berperanan sebagai ahli masyarakat yang ‘bermaruah,’ sebagai contoh, golongan yang tidak mampu membiayai penjagaan kesihatan dan pendidikan. Isi rumah yang berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM760 di Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM1,050 di Sabah dan kurang daripada RM910 di Sarawak tergolong dalam kategori miskin.

Sumber ; eBUKU_BASMI_KEMISKINAN%20(3).pdf

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri sabah antaranya ialah program e-kasih. Sabah mempunyai kelebihan dalam program ini kerajaan garis kemiskinan kita tinggi seperti definisi diatas. Fakta menunjukkan sebanyak 52,930 ketua isi rumah di sabah telah berdaftar dalam program ini. sehingga disember 2012 seramai 21,637 orang peserta negeri Sabah telah menyertai Program 1AZAM Sabah di bawah pelaksanaan kerajaan negeri antara penglibatan tertinggi antara negeri di Malaysia.
Mesti timbul persoalan mengapa Sabah paling tinggi antara semua negeri. Hal ini disebabkan usaha untuk mencari rakyat miskin dipergiatkan untuk memastikan tiada rakyat yang menderita.

1Azam

“Program Kerajaan Persekutuan seperti Elaun Sementara 1 Azam telah mencakupi keseluruhan jumlah KIRMT, manakala program-program Kerajaan Negeri seperti Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang PPRT (Kalabakan dan Tongod) serta Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES) telah berjaya melibatkan ramai KIRMT sekali gus
berjaya meningkatkan pendapatan mereka melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) miskin tegar,” – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman

Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/10/03/rm1-641b-telah-dibelanja-untuk-pembangunan/#ixzz42xUvvEm9

Hasil daripada usaha kerajaan negeri dan kerjasama kerajaan persekutuan kadar peratusan kemiskinan menurun.

1 (1)

Sumber; http://www.epu.gov.my/household-income-poverty

Sementara kadar mereka yang termasuk dalam kategori miskin tegar, Tahun 2004-6.5 peratus, Tahun 2007-3.7 peratus, Tahun 2009-4.8 peratus dan Tahun 2012-1.6 peratus.

2

Sumber; http://www.epu.gov.my/household-income-poverty

Kadar kemiskinan Sabah pada Tahun 2004-23 peratus, Tahun 2007-16 peratus, Tahun 2009- 19.7 peratus dan Tahun 2012-8.1 peratus.

Daripada dua graf ini, kita dapat melihat berlakunya penurunan yang besar disebabkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan kejayaan- kejayaan program- program kerajaan. Hal ini sekaligus menidakkan hujah individu yang kerajaan negeri langsung tidak menlakukan usaha dalam menangani masalah kemiskinan di sabah. Tidak salah jika kita menegur tapi asalkan ianya fakta bukan fitnah dan sama- sama memikir cadangan yang baik untuk negeri kita.