Kenyataan Datuk Salleh Berasas- Tuduhan Jabatan Kehakiman AS perlu ditangani

Diterbitkan pada: 3:20PM 22/07/2016
Kategori: Pro Politik
139 Pembaca

salleh

21 julai 2016, Kuala Lumpur. Yang terbaru kenyataan  Menteri komunikasi dan multimedia itu mempertahankan Najib dan berkata tuduhan Jabatan Kehakiman AS perlu ditangani secara berhati-hati.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah. Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan,” kata Salleh.Salleh berkata penyiasatan rapi mendapati wang yang diterima Najib merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi, dan disahkan menteri kewangan negara itu pada 14 April.

Salleh berkata 1MDB selama ini menjadi sasaran serangan bermotifkan politik dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi. Masalah terkini negara ialah apabila  badan Kehakiman Amerika Syarikat telah masuk campur dalam kes 1MDB yang telah menghukum dan telah mengeluarkan kenyataan-keyataan yang negetif yang dijadikan modal untuk memburukkan nama Malaysia dan pemimpin Malaysia. Media-media barat sekarang sibuk memburukkan Malaysia.

Sebenarnya Penyiasatan mengenai 1MDB mengambil masa dan memerlukan penelitian tetapi yang mehairankan Jabatan kehakiman Amerika Syarikat mudah untuk membuat keputusan dan segera.