Kerajaan negeri Sarawak menghentikan pengeluaran permit kerja baru kepada perkerja luar dari Sarawak, SABAH PULA?

Diterbitkan pada: 12:34PM 09/08/2016
Kategori: Pro Politik
292 Pembaca

SAMUR copy

Isu terbaru ialah mengenai Petronas tidak lagi akan boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru. Menurut akhbar The Borneo Post, keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Hal ini telah menyebabkan kebanyakkan pembangkang dan individu politik mempersoalkan apakah tindakan kerajaan negeri Sabah dan kenapa tidak mengikuti langkah Sarawak. Bagi penulis Kerajaan negeri Sabah mempunyai misi sendiri tentang mencari sumber ekonomi di masa akan datang. Setiap kerajaan negeri mempunyai pendekatan masing-masing tetapi sabah memilih untuk membangunkan sumber  dan memperkembangkan sumber lain.

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah telah membangunkan  projek Sabah Amonia Urea (SAMUR) dibawah pertadbirannya . Pembangunan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) membuktikan kerajaan negeri Sabah mempunyai visi jangka panjang untuk memajukan sektor minyak dan gas di negeri ini yang dijangka siap pada hujung tahun ini dan mula beroperasi pada 2017.

Pelaksanaan projek SAMUR merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan oleh rakyat di negeri ini kerana projek berimpak tinggi ini akan menjadikan negeri Sabah sebagai salah satu pemain utama industri baja di rantau ini.  Projek ini akan meningkatkan imej Sabah sebagai pengeluar urea terbesar negara malah akan menjana pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan bakal menarik ramai pakar ke Sabah dalam jangka masa panjang.

Projek SAMUR juga menjadi pemangkin penting kepada pembangunan ekonomi Sipitang dengan menerajui pembangunan di daerah berkenaan sekali gus mentransformasikan landskap daerah itu, termasuk meningkatkan nilai tanah di kawasan berkenaan. Sejak kewujudan projek berkenaan, harga dan sewa hartanah di daerah Sipitang telah melonjak manakala industri perkhidmatan seperti restoran dan penginapan pesat berkembang.

Selain itu, kata Musa pembangunan sektor minyak dan gas telah berjaya menarik minat pelabur asing di SOGIP termasuk China National Complete Plant Import and Export Corporation, Sichuan Chemical Holding (Group) Co. Ltd dan China Chengdu Engineering Co. Ltd.  Syarikat berkenaan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sabah Oil and Gas Development Corporation pada 22 Julai lalu untuk menjalankan kajian daya maju bagi pengeluaran urea dan amonia bagi pembangunan industri petrokimia di SOGIP.