KERJASAMA ANWAR-MAHATHIR,UMNO AKAN LEBIH MENYENGAT PRU 14 ?

Diterbitkan pada: 3:23PM 19/09/2016
Kategori: Pro Politik
328 Pembaca

tun-mahathir-anwar-ibrahim

Pihak pembangkang menganggap bahawa kerjasama antara Anwar dan Mahathir akan membuatkan UMNO akan gerun, namun formula dan kesimpulan yang mudah tidak harus di ambil dalam hal ini.

Ini kerana kerjasama ini juga sebenarnya telah menunjukkan bahawa dua individu ini sanggup untuk mengorbankan prinsip asal demi kepentingan dan matlamat peribadi. Kelemahan ini pastinya akan di rasa oleh para pendukung ideology  reformasi satu ketika dahulu yang berjuang sehabisnya menentang kezaliman Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar.

Pastinya para pendukung reformasi yang tegar pastiakan kecewa dan akan merasakan bahawa mereka sebenarnya telah di peralatkan demi ketamakan dan matalamat politikindividu.

Baik penyokong Anwar baik juga penyokong Dr Mahathir pastiakan merasakan mereka adalah hanya alat untuk memuaskan dan memenuhi nafsu politik,itu pun sekiranya mereka masih berfikiran waras untuk menyedarihakikat perjuangan mereka selama ini hanya satu boneka semata-mata.

Siapaakan lupa pertembungan pengaruh Mahathir-Anwar  adalah sesuatu yang dashyat ketika itu, hamper sama ketika pertembungan pengaruh Mahathir- Razaleigh satu masa dahulu, namun perbezaan ketara adalah pertembungan Mahathir-Razaleigh Cuma berlaku bermula dari dalam UMNO sehinggakeluar UMNO dan berlaku secara proses politik yang aman.

Berbeza dengan pertembungan Anwar dan Mahathir yang mana  berlaku secara  ‘ekstrem’ ,Pengaruh Anwar ketika itu sangat hebat sehinggakan mampu membawa para penyokongnya memenuhi jalan-jalan besar di Bandaraya Kuala Lumpur ketika itu, dan para penyokong Anwar pula berdiri menyokong hanya semata-mata menentang kezaliman Mahathir dan menyokong  Anwar Ibrahim untuk menumbangkan  Mahathir menggunakan proses jalanan.

Detik hitam ini pasti tidak di lupa sama sekali oleh pendukung Reformasi  masa ini, apabila FRU di kerahkan untuk ‘mengamankan’ jalan-jalan besar Kuala Lumpur  ketikaitu yang di penuhi penyokong tegar Datoseri Anwar Ibrahim. Di herdik,dipukul,ditembak gas pemedih mata, dilokap dan sebagainyaa dalah pengorbanan yang harus di bayar mereka ketika itu. Begitu juga dengan penyokong ‘hardcore’ Mahathir apabila berdiri menyokong Tun Dr Mahathir ketika itu kerana beliau adalah Presiden Parti dan ada tahli UMNO sejati adalah untuk mempertahankan ketua mereka kerana mempercayai Dato Seri Anwar telah melakukan jenayah Liwat

 

 

 

 

 

 

Namun semua pengorbanan ini, penderitaan kesakitan yang di rasai oleh penyokong-penyokong ini menjadi perkara SIA-SIA apabila baru-baru ini mereka menyedari pengorbanan mereka Cuma satu permainan politik bagi ANWAR-MAHATHIR. Pastinya adalah sesuatu  yang pedih bagi mereka bila merasakan perjuangan mereka hanya satu perjuangan KOSONG  belaka, bagaimanakah pula perasaan  Ahli keluarga penyokong ANWAR-MAHATHIR yang telah tiada buatselama-lamanya, Apakah mereka tidak merasakan Ahli keluargamereka yang  menyokong ANWAR telah di khianati semasa hayat hidupnya?

 

Oleh kerana itu, untuk memukul gendang kemenangan bagi pihak pembangkang untukberdepan PRU-14 ini bukan sesuatu  yang mudah untuk di simpulkan, tidak mustahil bagi para penyokong-penyokong Reformasi ( asalnya memang dari UMNO ) akan kembali ke pada parti keramat daripada mengikut individu-individu yang  membawa merekakeluar dari parti UMNO hanya untuk kepentingan politik peribadi.

Pastinya ada perasaan hancur dan luluh hati para penyokong reformasidan Pro- Mahathir  melihat senyuman di antara ANWAR-MAHATHIR di kamar mahkamah tempoh hari, jelas menunjukkan bahawa perjuangan Reformasi dan kepercayaan bahawa Mahathir  benar ketika pertembungan ANWAR-Mahathir sudah menemui noktah tanpa satu benda mampu di simpulkan kecuali MEREKA TELAH DI PERMAINKAN.

UMNO pastinyaakan terus mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang dengan memfokuskan membela rakyat, meneruskan agenda pembangunan dan juga membawa Negara ke satu tahap yang lebih baik lagi.

SYED MD HAMIZAN

Penulis merupakan salah seorang Ahli Parlimen Belia Sabah