Kesejangan Ekonomi Negara

Diterbitkan pada: 10:11AM 01/06/2016
Kategori: Uncategorized
87 Pembaca

Di sesebuah negara elemen ekonomi sangat penting dalam memastikan sesebuah negara itu aman dan damai. Hal ini kita dapat lihat sejarah dunia beberapa negara huru-hara dan musnah disebabkan oleh ekonomi. Sebagai contoh kejatuhan soviet union salah satu sebabnya ialah faktor ekonomi yang gagal diurus dengan baik menyebabkan kejatuhan blok komunis tersebut dan ketidakstabilan negara Grecee sekarang yang diistiharkan muflis disebabkan oleh faktor ekonomi. Kestabilan politik dan sosial juga dipengaruhi oleh ekonomi sesebuah negara.  Ekonomi ilmu sains sosial yang mengkaji kehendak manusia yang tidak terhad dengan sumber-sumber yang terhad. Jika ekonomi tidak diurus dengan baik akan menyebabkan berlakunya ketidakstbilan sesebuah negara. Kesejangan ekonomi pula bermaksud perbezaan jurang ekonomi yang wujud diantara tempat dengan tempat yang lain atau perbezaan pendapatan antara golongan kelas.

Dalam ekonomi antarabangsa kesejangan ini berlaku dapat dilihat dalam teori kebergantungan, dalam teori ini menyatakan bahawa faktor kesejangan berlaku disebabkan oleh kebergantungan negara dengan negara lain. Kebergantungan ini wujud disebabkan negara core iaitu negara maju hanya memfokuskan kemajuan industri ditempat tertentu sahaja dan mengambaikan tempat atau negara tertentu. Sebagai contoh, bahan mentah hanya diambil dan diproses oleh negara core dan di pasarkan kembali kepada negara yang mundur. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan kesejangan pendapatan wujud diantara temapat.

Melihat kepada fenomena tersebut kita berbalik kepada Malaysia yang telah merdeka setengah dekad lebih. Isu kesejangan ini masih lagiu menjadi duri dalam daging di dalam negara. Malaysia ialah negara yang diketegorikan sebagai negara dunia ketiga atau negara yang sedang membangun juga tidak terkecuali mengalami perkara masalah ekonomi dan kesejangan ekonomi. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah negara kita kurang mempunyai kemampanan industri. Bermakna kita masih lagi bergantung dengan negara lain dalam banyak industri.