Ketahui hak-hak penumpang bila flight delay!!!

Diterbitkan pada: 3:02PM 17/08/2016
Kategori: Uncategorized
724 Pembaca

delay1

Berkuatkuasa 1 Julai lalu, penumpang layak mendapatkan makanan, panggilan telefon terhad dan akses internet jika penerbangan mereka ditangguh melebihi dua jam. Manakala penginapan hotel dan pengangkutan juga perlu disediakan pada penumpang sekiranya penangguhan lebih dari lima jam.

Ini antara piawaian minimum bagi memastikan hak penumpang udara terjamin di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016. Kod itu tertakluk kepada SEMUA syarikat penerbangan tempatan dan asing yang mendarat di semua lapangan terbang di Malaysia.

Yang tidak berpuas hati dengan kaedah penyelesaian yang membabitkan isu pembayaran balik, pembatalan penerbangan dan kehilangan bagasi juga turut dilindungi.

Selepas 30 hari, sekiranya pihak penerbangan gagal memberi pampasan, aduan bolehlah dibuat melalui web www.mavcom.my