“Ketua Menteri Sabah amat prihatin terhadap penduduk di Pedalaman Sabah”-Zulkarnain

Diterbitkan pada: 3:45PM 10/09/2016
Kategori: Pro Politik
227 Pembaca

photo_2016-09-10_14-30-08

 

KENINGAU- “Pembinaan UTC di Keningau iaitu Pusat sehenti bagi agensi Jabatan Persekutuan dan Sabah jelas menunjukkan bukti bahawa Datuk Seri Musa Aman Aman selaku Ketua Menteri Sabah amat prihatin terhadap penduduk di Pedalaman Sabah.” kata¬†Zulkarnain Mahdar Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO.

“Dengan terbinanya UTC ini penduduk Pedalaman Sabah khususnya di beberapa daerah antaranya Keningau,Tambunan,Sook, Nabawan, Pensiangan dan Tenom akan dapat menikmati keselesaan berurusan dengan dengan Jabatan Jabatan Kerajaan sehingga jam sembilan malam dan ianya selari dengan objektif utama pembinaan UTC oleh Kerajaan adalah untuk memudahkan rakyat dan bagi menyenangkan mereka melakukan pelbagai urusan dengan agensi kerajaan di dalam satu bangunan.”

“Penghubung Jalan bertar daripada Sook sehingga ke Batu Lunguyan dan Jalan Nabawan ke Kalabakan juga jelas membuktikan bahawa Ketua Menteri Sabah telah cuba menyelesaikan halangan utama kegunaan penduduk kampung ke kampung sebelum ini. Hampir 80 hingga ke 90 peratus jalan utama menghubungkan kampung ke kampung telah berjaya di naik taraf ketika ini oleh Kerajaan dan hanya Jalan penghubung antara kampung ke kebun kebun penduduk kampung yang perlu dibantu untuk diperbaiki.”

“Isu berkenaan jalan,air dan elektrik di Pedalaman ini sebenarnya boleh diselesaikan lebih awal jika Datuk Seri Shafie Apdal bekas Menteri Kemajuan Luar Wilayah melibatkan Pejabat Pejabat Daerah di seluruh Pedalaman di dalam agihan peruntukan KKLW,tetapi malangnya keterlibatan Pejabat Pejabat Daerah tidak digunakan sepenuhnya oleh Shafie sebelum ini. Umum mengetahui berbilion ringgit peruntukan telah diberikan kepada Kementerian KKLW hampir setiap tahun dan banyak manfaat untuk rakyat Pedalaman kalau Pejabat Daerah dilibatkan di dalam agihan peruntukan tersebut.” Jelasnya lagi.