Lagi Fitnah Jufazli terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai kayu balak

Diterbitkan pada: 2:10PM 20/07/2016
Kategori: Pro Politik
214 Pembaca

sabahan

Saudara Jufazli iaitu pengasas gerakan selamatkan sabah telah melakukan satu lagi fitnah iaitu menuduh berlakunya kes pembalakan haram tawau, dengan menunjukkan gambar lori kayu balak telah memakan diri sendiri apabila Jabatan Perhutanan Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada berlakunya pembalakan haram di Balong Kokos, Tawau.

Dalam laman rasmi Jabatan Perhutan Sabah telah menyatakan bahawa pembalakan yang dilaporkan ialah di kawasan hak milik dan bukan kawasan hutan simpan perlindungan atau milik Taman negeri.

Tanah hak milik persendirian itu berkeluasan 946 hektar dengan kerja memulakan pembangunan tanah berkeluasan 70 hektar dan sedang dibangunkan termasuklah tebangan kayu, menurut kenyataan itu. Balak-balak yang dikeluarkan dikenakan cukai dan sah di sisi undang-undang.

Selain daripada itu juga, dalam pertadbiran Musa hutan simpan negeri Sabah telah bertambah dan diiktiraf di peringkat dunia pada tahun 2012. Sekali pun wujud pembalakkan kebanyakkan terjadi di kawasan persendirian dan bukan hutan simpan. Jika berlaku di tanah persendirian jabatan perhutan tidak mempunyai hak dan jika berlaku di hutan simpan barulah jabatan perhutan mempunyai hak untuk mengenakan tindakan undang-undang. Untuk pengetahuan saudara juga, setiap tahun pertubuhan- pertubuhan  antarabangsa alam sekitar dan NGO setiap memantau hutan simpan di Sabah ini supaya tidak diteroka lagi.

Hal ini menunjukkan bahawa sebenarnya Jufazli telah menggunakan fitnah sebagai modal mendapatkan sokongan bukan untuk membantu masyarakat. Kita juga harus sedar dan jangan terperdaya dengan gerakan yang dicipta untuk kepentingan peribadi.