Lagi Retorik Politik Juju : Beza Penangkapan Politik dan Penangkapan atas Laporan Awam

Diterbitkan pada: 11:51AM 23/11/2016
Kategori: Pro Politik
440 Pembaca

retorikpind

Saudara juju baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ditangkap atas arahan politik adalah tidak benar sama sekali. Kita kena bezakan antara penangkapan politik dan penangkapan atas laporan orang awan.

Tangkapan PDRM kepada Juju sebenarnya disebabkan oleh laporan orang awam berkenaan statusnya di facebook. Jika berlaku penangkapan politik tentu sahaja tiada laporan polis yang dibuat dan tidak melalui prosedur penangkapan terus sahaja beliau ditangkap.

Untuk makluman, kes beliau sebenarnya belum selesai, beliau hanya diikat jamin selama sebulan. Jadi selagi belum kes beliau ditentukan keputusan beliau tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan penangkapan beliau adalah penangkapan politik.

Tetapi kenapa beliau mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa ini penangkapan politik? kerana mahu menimbulkan pesepsi negatif terhadap kerajaan. Sedangkan sebenarnya beliau tahu sebenarnya beliau ditangkap dengan lunas undang-undang mengikut prosedur dan bukan penangkapan politik.

Jadi mengapa kita perlu sokong dia ? kalau dia tidak pernah jujur dengan masyarakat awam?