Logik Hutang Negeri Sabah Kepada Putrajaya

Diterbitkan pada: 10:59AM 19/03/2016
Kategori: Pemikiran
125 Pembaca

Kementerian Kewangan berkata hutang kerajaan negeri sabah merupakan kedua tertinggi iaitu sebanyak 2.6 bilion sebelum kerajaan negeri Pahang iaitu sebanyak RM 2.9 bilion dan negeri jiran Sarawak pula berhutang sebanyak RM 2.5 bilion. Kerajaan- Kerajaan Negeri seluruh Negara berhutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah sebanyak 16.8 bilion setakat 31 Disember 2015.

Tujuan hutang tersebut diberikan oleh Putrajaya kepada kerajaan negeri ialah untuk membolehkan kerajaan negeri meneruskan pelbagai projek pembangunan di setiap negeri bagi manfaat rakyat di setiap negeri. Jawapan balas kementerian kewangan dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang membangkitkan isu berkenaan.

Hal ini telah menyebabkan menjadi isu dalam kalangan netizen Sabah mengenai isu hutang negeri sebanyak RM 2.6 bilion. Sebenarnya bajet ini memang releven melihat kepada keperluan negeri sabah dalam membangunkan negeri sabah. Mengimbau kembali beberapa tahun kebelangkang ini Sabah antara negeri yang terbesar dalam peruntukkan anggaran bajet pembangunan untuk negeri di Malaysia. Iaitu pada tahun 2013 sebanyak RM2.42 bilion 2014 sebanyak RM1,200.3 juta dan pada tahun 2015 sebanyak   RM1,303.74 juta,  RM1,148.89 juta pada tahun 2016. Pembelanjaan pembangunan ini meliputi ekonomi, sosial. pentadbiran dan simpanan luar jangka. Pembelanjaan ini belum lagi meliputi aspek pengurusan petadbiran kerajaan negeri yang semakin meningkat akibat penyelarasan gaji daripada pihak kerajaan perseketuan sumber teks ucapan bajet negeri sabah.

Melihat kepada pembelanjaan kerajaan negeri yang semakin bertambah dan pada masa yang sama keadaan ekonomi global yang tidak menentu juga menyumbang kepada meningkatnya pembelanjaan negeri. Hal ini disebabkan oleh pengurangan pendapatan kerajaan daripada sektor ekonomi seperti minyak petroleum. Namun, kerajaan komited dalam memastikan ekonomi sabah dalam keadaan yang baik dengan memperkasakan industri pelancongan negeri. Perkara ini dalam dilihat dengan peningkatan pelancong asing ke negeri sabah saban tahun sekaligus meningkatkan pendapatan masyarakat dan kerajaan.