Makna Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah Berpakaian Tentera.

Diterbitkan pada: 11:31AM 30/05/2016
Kategori: Uncategorized
216 Pembaca

pm

Sumber gambar : Sayang Sabah online

Baru-baru ini kedatangan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang memakai pakaian tentera membawa satu gambaran yang jelas  ketegasan kerajaan persekutuan dan negeri mengenai kedaulatan sempadan negara di negai sabah. Lawatan itu menunjukkan bahwa tiada tolak ansur mengenai pihak-pihak luar membuat tuntutan terhadap negeri sabah. Melalui lawatan ini juga, boleh dilihat kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri bersatu dalam soal kedaultan Sabah.

Hal ini terbukti lagi, Najib telah merasmikan pelancaran Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter di Lapangan Terbang Lahad Datu bagi menghadapi dan bersedia jika ada ancaman daripada luar negara lebih- lebih lagi melihat kepada sejarah pecerobohan Lahad Datu yang telah berlaku. Selain daripada itu, pelbagai usaha dijalankan oleh persekutuan dalam memperkasakan tahap keselamatan negara dengan memperkasakan ESSCOM setiap tahun dengan penambahan aset dan bilangan tentera yang mengawal.

Baru- baru ini, isu tuntutan Manila terhadap Sabah hangat kembali sempena piliharaya presiden negara itu yang yang telah berlansung mei lalu.Isu tuntutan ini menjadi salah satu modal yang digunakan oleh politikus negara Filipina untuk mendapat sokongan dan memenangi hati rakyat.  Isu ini juga merupakan duri dalam dari hubungan kerajaan Filipina dan Malaysia.