Orang muda dan politik?

Diterbitkan pada: 4:25PM 14/04/2016
Kategori: Featured, Pemikiran
428 Pembaca

Politik dan Orang Muda?

Melihat kepada fenomena politik sekarang kebanyakkan politik dipelopori oleh golongan yang berpegalaman dalam politik memang tidak boleh disangkal lagi.  Memang kita sebagai orang muda harus menghormati orang- orang yang lebih berpegalaman daripada kita tapi tidak salah untuk kita sebagai orang muda mengeluarkan idea mengenai suatu isu atau masalah negara dengan berhemah. Namun, orang muda memang selalu menjadi kambing hitam atau boneka untuk mereka yang berkepentingan bagi mencapai hasrat sesbuah parti. Dengan penyebaran fakta dan cerita ditelan dan dihadam tanpa melihat kesahihan perkara tersebut. Gejala mengikut tanpa berfikir sangat bahaya untuk masa depan negara.  Apabila perkara ini berlaku telah menyebabkan kepada ketidakrasionalan orang muda tersebut dalam melakukkan sesuatu tindakkan.

Melihat kepada penglibatan anak muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 menunjukkan bahawa peranan anak muda dalam menentukan kerajaan tidak boleh dinafikan. Kebanyakkan daripada mereka ini masih tidak mempunyai pendirian yang tetap mengenai politik. Pusat Kajian Politik dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL) 48 peratus mereka merupakan pengundi pertama kali masih belum menentukan pilihan mereka.Dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa terdapat 4.5 juta penduduk yang layak mengundi tapi tidak berdaftar dalam PRU-13. Dalam jumlah tersebut sebanyak 70% adalah daripada golongan berumur 21-40 tahun (mohamed Nawab 2013). Kurangnya undi daripada anak muda merupakan satu cabaran dalam politik. Namun,  Kajian yang dilakukan Merdeka Center selepas PRU-13, undi anak muda menyumbang kepada kemenangan BN. (The Malaysian Insider 2013). Hasil ini agak mengejutkan sebab ramai diantara kita parti menyangka pembangkang akan memenangi pilihanraya.

Dalam ilmu sains politik, pengkajian sikap pengundi, iaitu kesan kitaran hidup dan kesan kohort. Pendekatan kesan kitaran hidup menyatakan bahawa semakain meningkat usia seseorang, maka ia akan lebih konservatif dan cenderung berpihak dengan status quo. Bagi Mereka yang sudah selesa dan terjamin kehidupannya, maka sukar untuk mereka mengubah pendirian mereka. Berlainan pula, dengan anak muda yang berani mengambil risiko dalam keputusan yang dibuat. (Muhammad. Febriansyah dan Muhammad . Takiyuddin 2013). Hal ini, menujukkan bahawa parti pembangkang atau kerajaan harus berhati-hati dengan anak muda.

Namun, fenomena yang terbaru ialah anak muda kebanyakkannya lebih terlibat dengan gerakan yang bukan partisan untuk bergerakkan rasa mereka mengenai satu isu. Gerakan- gerakan ini tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di negara kita. Kebanyakkan gerakan ini mempunyai pengikut yang ramai, tidak ada organisasi yang terancang, dan biasanya wujud disebabkan isu. Biasanya gerakan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Hal ini menidakkan pesepsi bahawa politik itu hanya pilihanraya semata-mata. Tetapi sebenarnya anak muda mulai melihat politik itu lebih daripada sebuah pilihanraya tetapi ianya tentang suatu idea yang ingin melihat masyarakat mendapat kebaikan daripada usaha suatu gerakan yang hanya bermotifkan kepentingan dan kebajikan masyarakat.

Andaian penulis, antara cabaran terbesar parti politik pada masa ialah menarik anak-anak muda yang berada di atas pagar untuk menyertai ideologi yang mereka untuk dipegang oleh generasi muda dan membawa anak muda untuk daftar sebagai pengundi juga merupakan suatu cabaran yang agak besar. Maka parti politik perlu ada strategik yang sesesuai dengan anak muda dan bukannya dengan pedekatan-pendekatan lama sahaja. Bagi penulis pula, anak muda sekarang lebih melihat kepada jaminan hidup di masa depan dan perubahan keadaan masyarakat yang lebih baik