Orang Muda perlu diberi peluang dalam PRU akan datang

Diterbitkan pada: 2:16PM 06/06/2016
Kategori: Uncategorized
128 Pembaca

13322188_896844220437946_3576187318187513224_n

Keratan Akhbar; Berita Harian

Baru-baru ini menarik perhatian Pembangkang mula memberi peluang kepada anak muda untuk bertanding dalam piliharaya negeri sarawak dan sudah memulakan usaha untuk memberi peluang anak muda bertanding. Strategik ini digunakan untuk menarik sokongan anak muda kepada parti dan membuka mata kepada masyarakat bahawa parti pembangkang memberi peluang kepada anak muda untuk mendapat tempat di arena politik.

Usaha ini turun dilaksanakan oleh parti kerajaan dengan slogan meremajakan parti dan banyak memberi peluang kepada anak muda namun masih kurang dalam meletakkan calon muda dalam pilihanraya. Memang benar untuk meletakkan calon dalam piliharaya indikator pengalaman dan dikenali perlu namun survival dan kerelevenan parti juga perlu difikirkan dengan mencari pelapis dan sokongan daripada anak muda.

Baru- baru ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek dalam Berita Harian yang menyatakan pandangan setuju BN perlu berani mencalonkan satu pertiga calon pada PRU dan Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek sedia memberi ruang. Hal ini menunjukkan perkara yang positif kepada Barisan Nasional jika cadangan ini diterima sebagai salah satu strategik PRU akan datang.

Parti politik perlu mula mencari, melatih, dan menampilkan pemimpin muda sebelum pilihanraya lagi. Anak Muda perlu diberi tempat dan dijadikan mentor dalam program-program masyarakat dan politik. Negara memerlukan anak muda tanpa menafikan yang lama dan berpegalaman kedua-kedua perlu berkerjasama dalam membangunkan negara.