Pembangkang Negeri Sabah nak Royalti tetapi Kerajaan negeri sudah berjaya ada Syarikat Carigali sendiri dan dapat ekuiti 30 peratus.

Diterbitkan pada: 1:32PM 10/08/2016
Kategori: Featured, Isu
260 Pembaca

 

Petronas Carigali

Dulu pembangkang pernah memainkan isu minta Royalti Minyak dinaikkan daripada 5% ke 20% di Sabah. Pemimpin pembangkang banyak bermain retorik . Namun, untuk tujuan manipulasi dan populis, mereka masih terus menjadikan ia sebagai umpan bagi meraih sokongan daripada rakyat Sabah yang berjaya mereka perdayakan.

Meskipun kita sedar bahawa janji 20% itu hanyalah tipu helah pembangkang, namun semakin hari kelihatan semakin ramai yang berjaya mereka gula-gulakan dalam kalangan rakyat. Justeru, kerajaan negeri di bawah YAB DSP Musa Hj Aman, merasakan perlu untuk menyegerakan rundingan bersama kerajaan persekutuan.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan pimpinan negeri Sabah, YAB Ketua Menteri membawa satu cadangan bersifat ‘DI LUAR KOTAK’ dan berjumpa dengan YAB Perdana Menteri. Bukan meminta 20% Royalti. Sebaliknya memohon kerajaan persekutuan meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk memiliki sendiri syarikat carigali minyak untuk beroperasi di Sabah.

YAB Perdana Menteri melihat yang idea itu cukup menarik dan berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini. Maka permohonan tersebut diluluskan lalu Sabah menamakan syarikat tersebut sebagai M3nergy Sdn Bhd, 100% milik kerajaan negeri Sabah. Kemudian kerajaan persekutuan memberi laluan kepada syarikat ini untuk mendapat konsesi carigali kawasan darat _(onshore)_.

Bagi blok-blok carigali seperti di Blok Sandakan-Kalabakan serta Blok Sandakan-Kudat, M3nergy diberikan pegangan ekuiti yang agak besar iaitu sebanyak 30%.

Moral of the story, selama ini Sabah diberikan Royalti kerana orang lain yang tolong lakukan carigali bagi pihak kita di negeri ini. Maka, kita dapat Royalti. *KINI, KITA TELAH ADA M3NERGY*. Maka, apa perlunya mengejar Royalti sedangkan kita boleh usahakan carigali sendiri?

carigali minyak di bahagian darat Sabah, kerajaan negeri melalui pendekatan tersendirinya itu berhasil memperoleh 30 peratus ekuiti atau kepentingan dalam penerokaan minyak itu berbanding tiada sama sekali ekuiti sebelum ini.

Kerajaan negeri memberitahu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bahawa sekiranya penerokaan minyak berkenaan dibuat di kawasan laut dalam yang memerlukan kos sangat tinggi maka kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan eksplorasi itu kepada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun katanya sekiranya penerokaan itu adalah jenis carigali di darat maka itu adalah hak Sabah dan kerajaan negeri mahu supaya ia diberi kepentingan atau ekuiti sewajarnya dan jelas Sabah telah memperoleh 30 peratus ekuiti dalam eksplorasi seperti itu.

Menurut Musa walaupun pada mulanya kepentingan eksplorasi darat berkenaan telah diberikan kepada syarikat gergasi namun atas cadangan kerajaan negeri, disokong dengan fakta-fakta kukuh, semua pihak termasuk Petronas bersetuju dengan cadangan kerajaan Sabah.

“Yang lebih baik, yang lebih manis ia disokong oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Sekarang ini, daripada kosong, kini kita mempunyai 30 peratus ikuiti dalam on-shore exploration (eksplorasi darat). Ini tidak pernah berlaku. Inilah yang saya katakan tidak payahlah buat bising, seperti (anjing) menyalak bukit,” katanya.

Terdahulu,Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang, ketika menjawab soalan yang sama berkata Kerajaan Negeri Sabah sememangnya mengambil pendirian tegas dalam hal menuntut hak Sabah dan mempertahankan hak Sabah sedia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber;

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sbm&id=1271026