Penculikkan Terbaru Rakyat Indonesia, Adakah Salah Esscom?

Diterbitkan pada: 3:07PM 24/06/2016
Kategori: Isu
182 Pembaca

sabah-esscom

Isu keselamatan menjadi isu hangat kebelakangan ini menegenai isu penculikkan yang berlaku di lautan Sulu yang melibatkan tiga negara yang sering terlibat mengenai jenayah rentas sempadan ini. Sehinggakan ada pihak yang mengambil kesempatan mengenai isu ini dengan memutar belit fakta dan menyalahkan seratus peratus terhadap ESSCOM dan badan keselamatn negara kita.

ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013. Bagi menjaga keselamatan perairan negeri sabah. 

Selepas menubuhan esscom masih berlaku kes penculikan yang tebaru mengenai isu penculikan rakyat Malaysia tetapi berjaya dibebaskan. Dalam Kes ini memang diakui mungkin ada kelemahan Esscom daripada aspek risikan yang menyebabkan masalah ini berlaku. Tetapi seperti penulisan saya sebelum ini menekan mengenai kerjasama rodaan bersama perairan sulu daripada negara-negara amat perlu untuk menangani isu penculikan ini.

Dalam kes penculikan terbaru rakyat indonesia  tidak sepatutnya kita menyalahkan ESSCOM semata-mata kerana ESSCOM ditubuhkan untuk bertugas dan melindungi kawasan ESSZON hanya di perairan Pantai Timur Sabah dan bukan perairan sulu. Tetapi ESSCOM juga pernah juga membantu dalam mematahkan beberapa siri penculikan yang pernah berlaku. Oleh itu, kerjasama itu antara amat perlu untuk memantau kawasan perairan Sulu yang luas dan mempunyai banyak pulau.

Kesimpulanya, Negara Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu bersama-sama dalam menangani isu ini agar dapat diselesaikan dengan baik dan ancaman keselamatan dapat ditangani.

Kawasan Esszon;

esszone

Sumber gambar ;James Collins, Ramli Dollah & Zaini Othman, “Pengaruh Persekitaran Fizikal Geografi Terhadap Keterancaman Persempadanan Pantai Timur Sabah”, manuskrip yang tidak diterbitkan, 2014