Fakta Kes Penculikan Pantai Timur Sabah

Diterbitkan pada: 11:53AM 18/06/2016
Kategori: Featured, Isu
248 Pembaca

Tanah Airku

Viral baru- baru ini mengenai kes penculikan di pantai timur sabah bukan disebabkan mangsa tidak selamat tetapi disebabkan oleh wang tebusan menjadi persoalan oleh netizen yang membawa kepada pelbagai andaian. Kerajan Malaysia secara tegas sudah mengatakan tidak akan mengeluarkan dana untuk membayar tebusan. Hal ini dilihat sebagai satu tindakan yang bijak diambil kerajaan dengan membatyar wang tebusan akan mengalakan lagi aktiviti penculikkan di pantai timur sabah.

Tetapi keluarga mangsa tetap bergeras untuk memberi wang tebusan kepada penculik dan berjaya mengumpul dana sebanyak 12 Juta hasil daripada sumbangan dari orang ramai dan usaha daripada keluarga tebusan. Persoalan yang paling besar oleh netizen ialah dimana wang tebusan tersebut? ada yang menuduh Polis Diraja Malaysia telah terlibat mengenai isu wang tebusan tersebut.

Tetapi PDRM telah menafikan perkara tersebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan  wang tebusan tersebut dipercayai diserahkan sendiri oleh keluarga mangsa kepada ejen atau pihak ketiga yang berurusan dengan pihak penculik bagi membebaskan empat individu terbabit. Pihak ketiga itu ada hubungi dan datang ke Malaysia untuk menemui ahli keluarga mangsa, keluarga mangsa juga ada pergi ke Zamboanga City, Filipina. Kami tidak campur tangan dan hanya memastikan tahap keselamatan mereka terjamin.

Hal ini menunjukkan bahawa PDRM tidak terlibat dalam isu wang tebusan tersebut, buktinya lagi apabila PDRM dangan kerajasama kerajaan Filipina pernah berjaya menagkap sedikit yang melakukan kes penculikan di singgahmata. Adalah tidak wajar kita menuduh pihak berkuasa sebagai tali barut dalam kes ini. Pihak ketiga ini dipercayai atau kemungkinan adalah NGO yang sukarelawan untuk membantu keluarga mangsa.

Selain daripada itu, Ada pihak yang menyatakan bahawa kes penculikkan ini ada kaitan dengan politik. Sebenar kes ini tidak ada kaitan langsung dengan kes politik dan tidak ada bukti yang jelas mengenai hal ini. Tunduhan ini sangat berat kerana ianya berkaitan dengan isu keselamatan rakyat di sabah.

Sumber rujukan

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-nafi-terima-bayar-tebusan-1.343978#sthash.jRArFbaQ.dpuf

http://www.astroawani.com/topic/penculikan/news

 

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-nafi-terima-bayar-tebusan-1.343978#sthash.jRArFbaQ.dpuf