Politik Sabah Sarawak: Bagaimana Untuk Menang?

Diterbitkan pada: 9:19PM 07/06/2016
Kategori: Uncategorized
184 Pembaca

SarawakSabahPolitik Sabah Sarawak dan Semananjung Malaysia mempunyai perbezaan suasana yang sangat berbeza. Kadang-kadang isu politik di semananjung tidak memberi kesan kepada politik Sabah dan Sarawak. Di Semanjung Malaysia lebih kepada isu-isu yang melibatkan isu pemimpin mendapat tempat dan isu mengenai diantara agama dan bangsa adalah indikator yang selalu diangkat iaitu lebih kepada politik kebencian dan dendam untuk memenangi piliharaya di sesuatu tempat.

Di Sabah dan Sarawak perkara ini berlainan sudut padang kepentingan terhadap suatu pilihan raya. Oleh kerana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia hanya pada 1963 dan semenanjung sabah dan Sarawak mempunyai pengalaman yang berbeza turut memberi kesan kepada indikator untuk memenangi hati rakyat. Di Sabah dan Sarawak perkara yang perlu ialah seorang pemimpin haruslah pemimpin tempatan dan dilihat perlu memahami sosiobudaya, ekonomi, dan politik tempatan.

Banyak isu yang kita boleh lihat berlaku perbezaan yang beberapa kehendak dan keperluan Sabah, Sarawak dan semananjung Malaysia. Isu mengenai Kalimah Allah di semananjung isu ini merupakan isu yang sangat sensitif dan di Sarawak pula ketua menteri Sarawak berpandangan Kalimah Allah yang beragama kristian boleh digunakan, Bible boleh sahaja dicetak dalam bahasa melayu dan inggeris, bible tidak dibenarkan di sarawak. Keterbukaan dan penerimaan dianggap sebagai indikator yang sangat besar peranannya. Kerana masyarakat di sabah dan sarawak mempunyai bilangan penduduk islam yang ramai.

Selain daripada itu, di Semananjung kita begitu melihat isu piliharaya yang dimainkan ialah soal rasuah pemimpin, salah laku moral pemimpin dan isu agama dan bangsa sangat dijadikan modal. Di Sabah perkara ini yang digunakan memang ada tetapi bukan menjadi indikator utama. Sejak kebelangkangan ini isu mengenai autonomi sabah, sarawak terhadap persekutuan amat mendapat tempat di hati masyarakat sabah. Muncul pelbagai individu dan masyarakat  yang menggunakan isu ini. Kemungkinan besar isu ini merupakan isu yang besar digunakan untuk pilihanraya akan datang di Sabah. Salah satu sebab kemenangan Barisan Nasional di sarawak ialah berjaya membuktikan bahawa mereka serius mengenai isu yang telah menyebabkan kerajaan persekutuan telah menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk beberapa perkara dan akan mempertimbangankan beberapa perkara lagi. Di sabah beberapa siri forum telah dilaksanakan oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional merupakan perkara yang baik dan perlu diteruskan di peringkat yang lebih serius supaya memberi gambaran yang positif kepada masyarakat. Kegagalan Pakatan Harapan ialah gagal memahami indikator yang perlu dititik beratkan untuk memenangi hati masyarakat disabah. Untuk Barisan Nasional sabah perlu memperkasakan lagi perkara-perkara yang perlu diambil perhatian.

Sememangnya memang ada persamaan indikator kemenangan sesebuah parti dalam sesebuah piliharaya tetapi tidak boleh dinafikan setiap tempat mempunyai perkara yang berbeza keutamaan disebabkan dipengaruhi oleh sosial, politik, ekonomi dan sejarah di sesuatu tempat.