Rakyat Sabah Bukan Modal~

Diterbitkan pada: 10:28AM 02/06/2016
Kategori: Uncategorized
132 Pembaca

Kebanyakka parti politik dan pemimpin politik sejak kebelakangan ini menggunakan isu mengenai kemiskinan dan ketidak seimbangan pembangunan sabah sebagai isu untuk menlariskan nama mereka dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat sabah. Kebanyakkan mereka ini hanya pandai menyatakan masalah dan isu tetapi hanya meninggalakan perkara itu tanpa penyelesaian yang jelas. Sebagai contoh masalah kesejangan ekonomi dan kemiskinan masyarakat sabah ramai pemimpin yang bersuara namun untuk mengeluarkan satu idea yang bagus itu sukar apa lagi untuk melaksanakan.

Ini yang menyebabkan banyak isu tidak selesai disebabkan oleh kehadiran pemimpin- pemimpin sebegini yang hanya memainkan isu rakyat untuk mendapat sokongan bukan untuk menyelesaikan isu tersebut. Ada diantara pemimpin yang hanya hebat di media tetapi di parlimen kurang untuk menyuarakan tentang masalah rakyat.

Dalam era sekarang, kaedah memainkan isu yang dimainkan oleh politikus harus dikurangkan kerana kebanyakan generasi muda hanya melihat kepada kerja yang dilakukan dan hasil kepada masyarakat sabah. Mengenai isu kemiskinan kena ada satu dasar yang khas untuk sabah dan sarawak bagi mengurangkan kesejangan ekonomi yang berlaku. Untuk melaksanakan niat murni untuk rakyat sabah, pemimpin-pemimpin tempatan harus bersatu bagi melaksanakan perkara ini.