SKIM RUMAH BINA NEGARA (BN) RISDA

Diterbitkan pada: 1:04PM 09/11/2016
Kategori: Pro Politik
2607 Pembaca

SKIrumah

Berita baik untuk Golongan Belia Luar Bandar berusia 18 hingga 45 tahun, Generasi Kedua Pekebun Kecil yang berdaftar sudah berkahwin namun belum memiliki rumah kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN).

Ianya satu peluang yang baik untuk di manfaatkan. (y)
Belia – Belia yang berminat boleh mula mendapatkan borang permohonan di pejabat RISDA terdekat atau melalui pejabat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing. Atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-42564022 (Bahagian Program Khas RISDA)