Sayang anak “tangan-tangankan” bukan sahaja “gadget-gadgetkan” Tips menangani!

Diterbitkan pada: 11:54AM 15/07/2016
298 Pembaca

gadget-anak-1

Dengan ledakkan teknolologi hadir pelbagai teknologi yang sesuai dengan zaman sekarang. Dari suri rumah sehinggalah pengarah semua syarikat besar mendapat kebaikan daripada teknologi masa kini. Memang tidak dinafikan gadget ada memberi kebaikan kepada anakj-anak dalam proses mengenali teknologi dan menambah pengetahuan. Namun, tidak boleh dinafikan wujud pelbagai masalah jika teknologi ini tidak digunakan dengan cara baik dan terkawal.

Masalah dalam masyarakat kita sekarang ialah dengan berpendapat bahawa memberi gadget kepada anak- anak supaya mereka duduk diam dan cepat belajar. Sepatutnya dalam umur yang begitu muda komunikasi amat penting untuk mereka yang memberi kesan dalam kehidupan dewasa mereka.  Teknologi ini sebenarnya boleh memberi kesan yang negatif dengan citra kekeluargaan di negara kita. Kebanyakkan daripada kita sebagai masyarakat yang hidup dalam dunia ini menaggap bahawa teknologi ini adalah segalanya.

Sehinggakan kita membiarkan anak kita dididik oleh teknologi yang tidak tahu daripada asasnya. Dalam falsafah sayang anak tangan-tangankan perlu diamalkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Walaupun sesibuk manapun kita dalam mencari nafkah untuk keluaraga. Rangkaikata ini bermaksud sekiranya kita sayangkan anak hendaklah mengajar dan mendidik mereka sepanjang masa. Peraturan dan disiplin tersirat atau tersurat perlu wujud dan dijelaskan kepada mereka. tangan-tangankan di sini bukanlah bermaksud kita wajib untuk memukul mereka cukup sekadar kita tegas dengan mereka dalam perkara yang wajib dalam agama dan kehidupan.

Kesan negatif jika anak- anak bergantung sepenuhnya kepada gadget ialah mereka kemungkinan akan mempunyai kelemahan dalam komunikasi kepada orang lain dan lebih-lebih lagi keluarga. Hal ini banyak dihadapi di negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat yang kebanyakkan anak-anak yang bergantung dengan gadget menghadapi masalah ini. Gadget juga yang menpunyai akses internet sangat terdedah dengan aksi yang tidak sesuai dengan umur anak- anak dan yang lebih teruk mereka boleh terdedah dengan ganguan seksual daripada media sosial jika tidak dipantau. Ibu bapa kena ingat apa- apa yang anak- anak alami dan lihat akan membentuk peribadi dan tinkahlaku anak-anak. Jika permainan dan video mempunyai aksi ganas memukul dan menendang tidak mustahil mereka akan mengikut perkara tersebut.

Tips menangani masalah ini

  1.  Kene blok atau wujudkan sekuriti pada gadget yang diberikan kepada anak- anak. Tetapkan dalam gadget tersebut bahawa pengguna gadget ialah di bawah 18 tahun.
  2. Hadkan masa mereka dalam bermainkan gadget. Bermaksud ibu bapa kena tegas dalam hal ini. Contohnya wujudkan peraturan bahawa gadget hanya boleh dipakai pada jam berikut dan boleh dipakai pada waktu makan dan sebagainya.
  3. Sertai anak- anak anda ketika bermain gadget. Sebagai contoh ketika mereka menonton kartun tidak salah untuk anda bersama-sama melihat kartun tersebut dan bertanya cerita mengenai kartun tersebut. ini memastikan tiada unsur-unsur yang sepatutnya dalam apa yang dilihat oleh anak-anak.
  4. Galakan anak-anak dalam aktiviti out door seperti bersukan dan berjalan bersama anda berbanding bermain gadget. Ini bagi memastikan bahawa anda lebih berpengaruhi anak-anak berbanding gadget tersebut.
  5. Ketika ada anak saudara dan jiran datang ke rumah elakkan mereka bermain gadget dan pastikan mereka bersama-sama bermain dengan oarang lain.

Peringatan ; Tegas bukan semestinya dengan memukul anak cuma cukup dengan apa yang anda hendak kata anda akan lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada adik-adik anda akan menarik gadget tersebut daripada anak. Maka lakukannya! disini anak- anak akan tahu bahawa tegas terhadap sesuatu. Jadi Sayang anak tangan-tangankan bukan sahaja gadget-gadgetkan!!!

 

Kesan- kesan positif