Sebalik PTPTN

Diterbitkan pada: 11:02AM 26/04/2016
Kategori: Isu, Uncategorized
240 Pembaca

PTPTNNEWPenulisan kali ini mengenai PTPTN merupakan suatu isu yang agak besar dalam kalangan graduan di Malaysia. PTPTN merupakan AKTA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperkenalkan pada tahun 1997 bagi menyokong permintaan mendadak terhadap permintaan pendidikan tinggi terutama dalam sektor institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Pinjaman ini sebenarnya mempunyai niat yang murni untuk membantu golongan muda bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi iaitu menara gading.

PTPTN menjadi isu apabila dilaporkan bahawa 1.25 orang tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Sehingga 30 September 2015, jumlah keseluruhan bayaran balik PTPTN yang diterima ialah RM6.71 bilion (45.8 peratus) berbanding bayaran balik sebenar yang perlu diterima iaitu RM14.65 bilion. Daripada 1,792,919 peminjam, hanya 1,185,077 orang membuat bayaran balik. Ini bermaksud seramai 607,842 peminjam gagal membuat bayaran balik, mengakibatkan tunggakan berjumlah RM4.97 bilion.

Hal ini menunjukkan bahawa sebenar ada masalah yang perlu difikirkan bersama mengapa semakin ramai graduan gagal melunaskan hutang PTPTN dan akhirnya menyebabkan mereka disenarai hitam. Secara logiknya, jika kita berfikiran optimis dan memikirkan semua perkara berjalan seperti air yang mengalir hanya mengikut jalan, hutang PTPTN ini bukan menjadi isu. Tetapi persoalannya apakah punca PTPTN menjadi isu dan bukan dilihat sebagai penyelamat pada akhirnya menjadi masalah kepada graduan dan ekonomi negara. Ada beberapa faktor yang menyebabkan isu hutang PTPTN ini menjadi penyakit dalam ekonomi negara.

Pertama, tidak boleh dinafikan segelintir graduan yang mengambil mudah mengenai hal ini dengan sengaja tidak melunaskan hutang PTPTN walaupun sebenarnya mampu untuk membawa balik.

Kedua, kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji yang masih tidak mampu menampung keperluamn dalam membayar hutang. Sebagai contoh di Malaysia gaji minimum untuk pekerja mempunyai SPM memang sudah ada dilaksanakan tetapi pekerja yang mempunyai Diploma atau ijazah belum ada lagi gaji yang minimum walaupun kebanyakkan golongan ini mempunyai tanggungan hutang  PTPTN.

Ketiga, ialah masalah pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat saban tahun. Hal ini pun disebabkan bebarapa faktor yang pertama melihat kepada keadaan ekonomi yang kurang stabil boleh meyebabkan kepada peluang pekerjaan semakin kecil akibat pengurangan pengambilan pekerja. Selain daripada itu, tidak dinafikan ada graduan yang memilih pekerjaan dan gaji mnenyebabkan perkara ini berlaku.

Keempat, ialah apabila pendidikan dikapitaliskan oleh individu atau syarikat yang memgambil kesempatan dalam pimjaman PTPTN ini kepada golongan yang ingin menlanjutkan pelajaran peringkat tinggi. Sebagai contoh wujudnya kolej yang terlalu memberi kelonggaran terhadap pengambilan pelajar dengan satu kredit sahaja dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM) terus boleh menlanjutkan pelajaran dan istimewanya kolej secara sukarela menawarkan untuk menguruskan PTPTN pelajar yang hendak meneruskan pengajian. Sedangkan kualiti kolej berkenaan tidak menjamin kepada keperluan pasaran pekerjaan.

Memang penulis akui PTPTN memang banyak melaksanakan usaha bagai mengalakkan pembayaran balik hutang PTPTN dari segi memberi ganjaran kepada peminjam yang membayar secara total dan kosisten akan mendapat potongan hutang PTPTN, memberi kelonggaran graduan boleh membayar PTPTN serendah RM 50 sahaja sebulan dan memberi hukuman kepada mereka yang tidak membayar PTPTN dengan menyenarai hitamkan peminjam PTPTN. Cuma penulis ingin tekankan kepada masalah keempat mengenai kolej-kolej swasta dan ipts yang mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan keuntungan perlu dipantau oleh kerajaan dan bakal mahasiswa kena bijak dalam menilai kualiti pengajian swasta tersebut. Sedikit peringkatan juga kepada peminjam kita kena lunaskan juga hutang ini sekadar yang mampu sebab PTPTN ini menggunakan kembali duit ini bagi membantu pelajar di masa hadapan.