Sejarah PRU 2008 Pembangkang menawan 4 negeri. Adakah PRU kotor?

Diterbitkan pada: 3:41PM 17/10/2016
Kategori: Uncategorized
797 Pembaca

pru-12

Dalam perhimpunan bersih kali ini ada beberapa persoalan yang akan membuat kita terfikir bahawa adakah gerakan bersih ini betul-betul untuk rakyat atau untuk kepentingan pihak tertentu. Jika bersih ini betul- betul gerakan untuk rakyat tentu sekali pentas dan individu yang diangkat daripada golongan rakyat yang tiada kepentingan dalam politik. Dalam hal ini, kita dapat lihat sendiri dalam  media pro pembangkang banyak menyiarkan ucapan-ucapan daripada pemimpin pembangkang terhadap kerajaan.

Permintaan yang berulang-ulang sehinggakan dari bersih 1 hingga sekarang meminta pilihanraya bersih dilaksanakan. Isu pengundi hantu tidak ada bukti yang jelas dan isu black out langsung tiada laporan polis dilakukan melainkan viral yang dilakukan di media sosial. Jika pilihanraya kita betul-betul tidak adil mengapa pada PRU 2008 pembangkang telah berjaya menambah pengaruh terhadap 4 negeri.

4 negeri yang bertukar kerajaan kepada pembangkang antaranya Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah. Selain daripada itu, kita boleh lihat kepada penambahan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri setiap pilihanraya. Jika pilihanraya kita betul-betul kotor perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Malahan jika pilihanraya betul-betul kotor kerajaan akan tentu akan menang setiap pilihanraya 2/3 dewan atau seratus peratus tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Timbul persoalan, mengapa bersih menjadi medan. Sebenarnya bersih dan rakyat digunakan sebagai modal permudahcara untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Salah satu cara menggunakan rakyat untuk membenci kerajaan dan muncul bersama-sama masyarakat sebagai wira kepada rakyat. Sehingga hari ini pemimpin DAP dan PAN tidak berani mengistiharkan harta mereka kepada kelayak ramai atau sumber parti mereka untuk menghadapi pilihanraya. Kalau bersih betul-betul untuk rakyat tuntutan juga perkara yang sama kepada pembangkang bukan sahaja kepada kerajaan.

Bersih ini cuma pada nama dan bukan sebenar membawa aspirasi rakyat. Andainya gerakan bersih ini berjaya? siapa yang lagi bersih mengantikan kerajaan sekarang? pembangkang? jadi bersih ini memperjuangkan kepentingan parti pembangkang dan bukan untuk rakyat.