Seluar Panjang Hitler Dilelong Bernilai 62 Ribu Euro! RM 282 Ribu!

Diterbitkan pada: 10:45AM 22/06/2016
Kategori: Uncategorized
640 Pembaca

1403537216000-AP-Travel-Trip-Hitlers-Munich

sumber gambar: www.usatoday.com

Pelik tapi benar barangan tinggalan Hitler iaitu pemimpin kepada Nazi menjadi rebutan pembeli sempena majlis lelong yang diadakan di Jerman. Menurut akhbar Jerman dalam satu acara lelong besar yang telah berlangsung. Salah satu barangan yang menjadi perhatian ialah seluar panjang hitler yang menjadi rebutan orang ramai sehingga boleh mencecah ratusan ribu euro. Selain daripada itu, barang-barang peribadi daipada askar Nazi yang lain.

Salah seorang pembeli daripada Argentina sanggup berbelanja sehingga 600 ribu Euro dalam pesta lelong ini. Pembeli ini telah membeli seluar panjang Hitler dan jaket askar milik Hitler, sebuah jam aviator milik komander angkatan undara Nazi Herman Goering dan sejumlah barangan lama Nazi lama.

Laporan daripada Reuters, seluar panjang Hitler laku dijual 62 ribu euro dan jaket askar Hitler 275 ribu euro dan jam aviator Goering bernilai 42 ribu euro. Goering merupakan antara orang kanan hitler. Dikatakan bahawa seluar hitam ini  yang dijual ini merupakan seluar yang memiliki poket kulit sehinggakan boleh membawa sepucuk senjata secara senyap-senyap.