Sempena Hari Guru : Pendidikan Negeri sabah.

Diterbitkan pada: 2:51PM 16/05/2016
Kategori: Santai Bosku
152 Pembaca

Hari GuruSelamat hari guru buat semua guru yang telah menabur jasa kepada anak bangsa tidak kira tempat dan masa di seluruh Malaysia. Pendidikan Di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat tinggi semenjak merdeka lagi. Di sabah sahaja, wujudnya sekolah menengah sebanyak 213 buah sepanjang tahun 2012 antara negeri yang mempunyai sekolah yang terbanyak.

Hal ini juga, terbukti dengan peningkatan kadar literasi dan numerasi masyarakat di bandar dan luar bandar. Sempena hari guru ini pada hari ini beberapa perkara dalam pendidikan yang perlu diperbaiki dan diambil perhatiaan oleh pihak kementerian pendidikan mengenai isu pendidikan di sabah.

Soal kebajikan guru iaitu mengenai elaun-elaun yang sepatutnya perlu dikaji semula untuk memastikan kebajikan guru-guru di Malaysia. Selain daripada itu, kerajaan perlu memastikan bahawa isu pembangunan pendidikan di sabah dapat ditangani dengan bijak.

Sebagai contoh mengenai isu sekolah yang kurang kemudahan asas dan sekolah yang usang perlu diambil perhatian. Seterusnya mengenai isu guru daripada anak tempatan perlu dilaksanakan segera seperti saranan perdana menteri 90 peratus guru di negeri sabah berasal daripada masyarakat tempatan.

Pendidikan merupakan kunci utama pembangunan sesebuah tamadun dari dahulu lagi. Oleh yang demikian hal ini perlu diambil perhatiaan oleh negara bagi menjadikan negara kita terus membangun di masa hadapan.